
Kepada peminat-peminat ISS yang tidak sempat menyaksikan siaran secara langsung docking Soyuz TMA-20 spacecraft di ISS, jangan risau anda masih boleh menonton rakaman video proses tersebut.

Mereka telah selamat docking di ISS tepat jam 3.11pm EST (4.12am Malaysia time) iaitu awal 1 minit seperti didalam jadual mereka. Proses ini berlaku dalam ruang angkasa Afrika.

Sekarang crew di ISS adalah seramai 6 orang, crew baru adalah seperti berikut:
1. Dmitry Kondratyev
2. Catherine Coleman - KC5ZTH
3. Paolo Nespoli - IZ0JPA
Mereka ini dijadual akan mendarat ke bumi pada May, 2011
Crew yang telah berada di ISS dari 9 October lagi adalah:
1. Commander Scott Kelly
2. Flight Engineer Alexander Kaleri - U8MIR
3. Flight Engineer Oleg Skripochka - RN3FU
Mereka ini dijadual akan mendarat ke bumi pada March, 2011.
Saksikan rakaman video proses docking yang mendebarkan ini.

© 9W2KEY, 73's
1 comment:
best best.. thank bro KEY for the post..
Post a Comment