Monday, 15 December 2008

Pendaftaran Kontraktor Kementerian Kewangan


Terima kasih kerana sudi melawat website ini. Sebagai pengenalan, perkhidmatan ini adalah khusus untuk semua kontraktor yang berada di Malaysia. Dengan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia / Minister of Finance (MOF), kontraktor-kontraktor ini berpeluang untuk mendapat projek-projek dengan Kerajaan Malaysia dan badan-badan berkanun yang lain.

Kebanyakkan syarikat-syarikat besar di Malaysia sekarang telah mensyaratkan setiap kontraktor yang ingin mendapatkan projek dengan pihak mereka pun mesti berdaftar dengan MOF dan mempunyai Lesen MOF selain mempunyai Lesen Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan atau Construction Industry Development Board (CIDB).

Untuk berdaftar dengan MOF, apa yang diperlukan adalah sijil pendaftaran syarikat sama ada Sendirian Berhad atau Daftar Perniagaan disamping dokumen-dokumen sokongan yang lain.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan bagi syarikat Sendirian Berhad adalah seperti berikut:

1. Salinan Memorandum and Article yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
2. salinan Borang 9 (Sijil Perbadanan Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM
3. Salinan Borang 49 (yang terbaru) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM
4. Salinan semua Borang 24 yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM
5. Salinan semua Borang 32A (jika ada) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM
6. Salinan Annual Return (yang terbaru) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat atau SSM
7. Salinan semua Kad Pengenalan penama-penama yang ada didalam syarikat
8. Salinan Penyata Akaun bank
9. Salinan Penyata KWSP (Borang A) - jika ada
10. Salinan semua lesen-lesen yang berkenaan
11. Salinan Surat Perjanjian Sewa pejabat yang telah distamping dan Resit Sewa selama 3 bulan atau
12. Salinan Pemilikan pejabat / Gran tanah tapak pejabat

Dokumen sokongan bagi Syarikat Daftar Niaga adalah seperti berikut:

1. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan yang disahkan oleh SSM
2. Salinan Perincian Pemilikkan yang disahkan oleh SSM
3. Salinan Perincian Jenis Perniagaan yang disahkan oleh SSM
4. Salinan semua Kad Pengenalan penama-penama yang ada di dalam syarikat
5. Salinan Penyata Akaun Bank
6. Salinan Penyata KWSP (Borang A) - jika ada
7. Salinan semua lesen-lesen yang berkenaan
8. Salinan Surat Perjanjian Sewa pejabat yang telah distamping dan Resit Sewa selama 3 bulan atau
9. Salinan Pemilikan pejabat / Gran tanah tapak pejabat
10. Bidang yang hendak didaftarkan dengan MOF hendaklah sama dengan bidang yang didaftarkan dengan SSM

Note: Senarai ini adalah senarai yang biasa diminta oleh sistem eperolehan. Senarai dokumen sokongan yang terkini dan lengkap akan disenarai selepas maklumat-maklumat syarikat dan bidang-bidang yang dipohon dimasukkan dalam sistem eperolehan.

Tempoh Kelulusan

Tempoh kelulusan adalah dalam masa tujuh (7) hari bekerja sekiranya tidak terdapat queri daripada pihak MOF.

Queri

Queri ini biasanya terjadi apabila dokumen yang dibekalkan kepada MOF tidak lengkap dan atau bidang yang dipohon tidak layak kerana mungkin tidak ada didalam pendaftaran perniagaan. Queri juga mungkin akan berlaku apabila terdapat pertindihan nama pengarah atau pemilik syarikat dengan syarikat yang telah sedia berdaftar dengan pihak MOF. Oleh yang demikian, sila pastikan bahawa penama-penama tidak bertindih dengan syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan MOF.

Jenis-jenis Permohonan

Berikut adalah jenis-jenis permohonan dengan MOF:-

1. Pendaftaran Baru - bagi syarikat yang tidak pernah mendaftar
2. Pendaftaran Pembaharuan - Pembaharuan Pendaftaran
3. Pendaftaran Semula - bagi pendaftaran yang telah tamat tempoh
4. Permohonan Tambah Bidang
5. Permohonan Kemaskini Profil Syarikat
6. Permohonan Taraf Bumi

Kos

1. Pendaftaran Baru RM 1,500.00
2. Pendaftaran Pembaharuan RM 1,500.00
3. Pendaftaran Semula RM 1,500.00
4. Permohonan Tambah Bidang RM100 +
RM50 / bidang
5. Permohonan Kemaskini Profil Syarikat RM100
6. Permohonan Taraf Bumi RM100

Kos ini termasuk:

1. Sepuluh (10) bidang pertama
2. Tempoh pendaftaran 3 tahun
3. USB ePXS token - Ganti Smart Card dan Smart Card Reader
4. Status Taraf Bumiputera - Bagi Pendaftaran Baru, Pembaharuan dan Pendaftaran Semula sahaja.
5. Upah Perkhidmatan

Permohonan

Sila penuhkan borang ini untuk Permohonan Pendaftaran. Lain-lain maklumat dan dokumen sokongan akan saya maklumkan kepada anda sebaik sahaja data di masukkan didalam sistem eperolehan MOF.

SILA HUBUNGI SAYA MELALUI EMAIL ATAU H/P, SELEPAS MENGISI BORANG TERSEBUT, UNTUK MENDAPAT TINDAK BALAS SEGERA DARI SAYA.

Bayaran

Bayaran hendaklah dijelaskan sebaik sahaja semua maklumat syarikat dan bidang-bidang yang dipohon telah selesai dimasukkan kedalam sistem eperolehan MOF. Bayaran yang lewat akan menjejaskan proses kelulusan permohonan pendaftaran dengan MOF.

Bayaran hendaklah dibuat melalui akaun bank seperti berikut:

Bank: CIMB
No. A/C: 03110026768524
Nama: Mohd Zaki Abdullah


Lain-lain Kelebihan

Selain daripada mendaftarkan syarikat dengan pihak MOF, saya juga menawarkan lain-lain kelebihan dan keistimewaan syarikat yang telah berdaftar dengan MOF.

Antaranya ialah:

1. Memastikan anda mendapat maklumat terkini tander yang baru diterbitkan
2. Memastikan syarikat anda berfungsi sebagai syarikat yang eP Enabled dan disenaraikan didalam eP Enabled page
3. Memastikan syarikat anda mempunyai eCatalog
4. Memastikan syarikat anda boleh mengisi borang tander secara online - RM 1,500.00 / kontrak
5. Memastikan syarikat anda boleh menyertai eBidding - RM 1,500.00 / kontrak
6. Mengisi Sebut Harga secara online - RM 1,500.00 / sebut harga


Kelebihan dan fungsi-fungsi ini jarang syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan MOF menggunakannya. Kebanyakkan syarikat itu hanya berdaftar dan ingin mendapatkan Sijil Pendaftaran sahaja dan menunggu projek. Sebenarnya, fungsi-fungsi yang saya sebut diatas itu tadi adalah fungsi yang boleh memudahkan kontraktor untuk mendapatkan kerja-kerja dengan Kerajaan di mana semuanya boleh dilakukan secara online iaitu fungsi eBidding.

Sila hubungi saya melalui email mzakiab [at] yahoo.com atau di no 019-3766716 jika terdapat sebarang pertanyaan / sila SMS jika panggilan tidak dijawap ini kerana saya kerap menunggang motorsikal.

Daftar segera untuk merebut peluang-peluang projek yang sedang bertambah ekoran pembangunan negara yang sedang pesat sekarang ini.


Bayaran melalui semua jenis Credit Card diterima sekarang:

Jenis Permohonan
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.




Sunday, 14 December 2008

Selamat Datang

Selamat datang ke blog 9W2KEY Station Radio Amator dari Kota Bharu.