Malaysia Ham Radio (ISS Achievement Award Holder) #185
My log book summary
Sunday, 26 December 2010
Tips menggunakan Satelik Radio Amator
Ramai yang beranggapan bahawa untuk menggunakan Satelik Radio Amator yang sedang mengobit bumi adalah susah dan memerlukan kos yang mahal. Ramai juga yang beranggapan bahawa hanya station radio amator yang berpelajaran tinggi sahaja yang boleh menggunakan Satelik Radio Amator ini. Ramai juga yang beranggapan bahawa untuk menggunakan Satelik Radio Amator ini mesti pandai berbahasa inggeris.
Sebenarnya, anggapan itu adalah SALAH dan TIDAK BETUL sama sekali. Saya 9W2KEY handle operator Mohd Zaki (Abe Key) akan mengungkaikan dan akan menghuraikan dan memperbetulkan tanggapan-tanggapan tersebut.
Saya berbangga dengan hanya memiliki handy iCom V8 (VHF) yang berkuasa 5 watts dan dapat bekerja dengan Satelik Radio Amator sama ada dalam mode RX mau pun mode TX. Pada mulanya, dengan bantuan daripada rakan-rakan Ham Radio yang baik hati memberi pinjam handy UHF, maka saya dapat bekerja dengan Satelik Radio Amator yang menggunakan Cross Band mode. Alhamdulillah dengan rezeki yang lebih sikit, saya dapat membeli handy UHF dengan harga RM150.00 dan saya dapat terus untuk bekerja dengan Satelik Radio Amator tanpa meminjam handy daripada rakan-rakan lagi.
No comments:
Post a Comment