Friday, 31 December 2010

Satelik Vietnam akan dilancarkan 2011

Trade Forex With HotForex And get your Life Changed
Satu berita yang amat bagus dalam perkembangan Radio Amator di Asia. Dalam akhir tahun 2011, Vietnam akan melancarkan Satelik Radio Amator, jenis CubeSat (F-1).



F-1 Cubesat akan membawa 2 transcevers (Yease VX-3R dan MHX L400) menggunakan frequasi Radio Amator 145MHz dan 437MHz. Mode FM AFSK & GMSK modulation, AX.25, KISS protocol yang berkelajuan 1200bps. Ia juga dilengkapkan kamera digital resolution rendah C328 dengan 640x480 resolution.


Komite Kordinator IARU Satellite Frequency telah bersetuju untuk membenarkan 437.485MHz sebagai downlink frequency untuk CubeSat (F-1).


Sama-sama kita tunggu CubeSat F-1 ini dilancarkan. Kita juga berharap agar Radio Amator Malaysia dapat mencipta dan membina satelik sendiri dimasa akan datang.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

No comments: