My log book summary

Sunday, 3 April 2011

Kecurian Kereta vs APRS


Sejak kebelakangan ini, banyak kali kita terdengar kereta rakan-rakan HAM Radio dicuri. Terbaru adalah kereta 9W2MZW, 9W2JBT dan 9W2LHK. Alhamdulillah kereta 9W2LHK telah berjaya ditemui semula dengan tayar dan barang-barang berharga yang berada di dalam kenderaan tersebut didapati hilang. Semasa article ini ditulis, saya menerima berita bahawa motorsikal 9W2ZVL yang berada di Kuching, Serawak cuba dicuri. Alhamdulillah, percubaan itu gagal.


Memang terdapat sistem mengesan kedudukan kenderaan yang dijual di pasaran dan sistem yang boleh mematikan enjin kenderaan secara GSM. Tetapi hanya segelintir sahaja yang mampu untuk memiliki dan memasang di kenderaan masing-masing. Ini kerana peralatan tersebut agak mahal dan mencecah ribuan ringgit.


Sebagai peminat Radio Amator, keadaan ini boleh kita selitkan dalam hobi dan minat ini dengan sistem keselamatan untuk mengesan kedudukan kenderaan kita. Selain daripada membuat ujikaji dan mencuba, kita boleh meningkatkan taraf keselamatan kenderaan kita sendiri.

Di dalam radio amator, terdapat satu sistem yang disebut APRS (Automatik Positions Report System). Sistem ini amat sesuai untuk digunakan bagi tujuan mengesan kenderaan kita sendiri sekiranya kenderaan tersebut dicuri atau sebagainya.

Tracker APRS ini mempunyai alat untuk menerima signal daripada satelik GPS (Global Position Satelik) yang mana terdapat data longtitud dan latitud. Kemudian tracker ini akan memproses long lat yang diterima tadi dan radio yang disambungkan kepada tracker itu akan menghantar signal kepada iGate (Internet Gateway). Melalui internet, kita akan dapat mengesan kedudukkan kenderaan tersebut dengan cepat dan tepat. Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Handy / Mobile (Untuk kegunaan ARPS Tracker sahaja)
2. Antenna berasingan
3. Battery saver untuk Handy
4. APRS Tracker

Seboleh-bolehnya radio ini tidak perlu digunakan untuk QSO F3E atau QSO biasa. Biarkan ia hanya untuk kegunaan APRS Tracker ini sahaja. Begitu juga dengan antenna, ia adalah sistem yang berasingan. Oleh sebab itulah disarankan agar menggunakan antenna suku lamdar atau cili padi.


Frequansi yang digunakan adalah didalam band amator, iaitu 144.390MHz. Selepas iGate menerima signal dari mobile station tadi, QTH nya akan terpapar di www.aprs.fi dan disitu boleh melihatnya dalam format satelik image atau pun map (peta). Cara menggunakan website ini untuk mengesan kenderaan adalah mudah. Langkah pertama sila ke website tersebut dan langkah kedua taipkan callsign bagi kenderaan itu. Contoh cuba kesan dimana kedudukan kenderaan 9M2SIX, dengan cara memasukkan callsign 9M2SIX-9 dan tekan butang search. Peta itu boleh di 'zoom in'. Garisan yang berwarna merah itu adalah track laluan kenderaan tersebut.


Di Kelantan, terdapat banyak iGate dan Digipeater yang telah disediakan oleh Kelantan APRS Team. Kawasan liputannya boleh menjangkau sehingga ke Bukit Yong, sempadan Kelantan Terengganu. Tanah Merah sehingga ke Jeli, Rantau Panjang sehingga ke 50km ke Thailand. Semua ini diberi cara percuma oleh Rakan-rakan Kelantan APRS Team.


Kenapa tidak digunakan? Mungkin sebab kos nya. Tracker ini sebenarnya tidak mahal, ianya boleh dipasang sendiri. Perlu diingat, sebagai peminat Radio Amator kita telah belajar asas-asas eletronik semasa RAE dulu.

Kos nya adalah lebih murah kalau nak bandingkan dengan sistem yang ada dijual dipasaran. Harga tracker + GPS receiver = RM400. Handy murah pun tak apa (mudah untuk sorok dalam kenderaan) mungkin dlm RM250. Battery saver (orang sebut Pampes) = RM50 dan antenna cili padi RM150. Upah pasang di kereta mungkin RM50. Harga handy, battery saver, antenna dan upah pasang itu adalah anggaran sahaja, mungkin anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah atau percuma jika buat sendiri. Anggaran kos kesemuanya adalah RM950 sahaja. Mungkin lebih murah lagi, mungkin kita telah mempunyai extra handy, antenna dan battery saver dan ada kepandaian memasang sendiri. Lagi jimat.. cuma beli APRS tracker sahaja.




Sambungan APRS Tracker dengan Handy


Port RS232 9 Pin


Port RS232 9 Pin di tracker


RS232 Port bersambung dengan Tracker


LED dan Suis


GPS Receiver


GPS Receiver bermagnet


Bukan nak berniaga, cuma nak tolong rakan-rakan. Jika berminat untuk membeli APRS TRACKER ini bolehlah bank in kan bayaran sebanyak RM400.00 kedalam accaunt seperti berikut. Bayaran ini termasuk belanja pos.

Nama: Mohd Zaki Abdullah
No a/c: 03110026768524
Nama Bank: CIMB Bank Berhad


Bayaran juga boleh dibuat dng menggunakan PAYPAL atau MONEYBOOKERS account mzakiab [at] yahoo.com

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.






















Selepas bayaran dibuat sila hubungi saya melalui email 9w2key [at] amsat.org atau pun melalui talian 019-3766716. Sila nyatakan nama, callsign dan alamat pos.

Bertindak sekarang, sebelum kenderaan anda menjadi mangsa seterusnya kes curi kenderaan ini.



13 comments:

Hamidi@9w2mdp said...

rm350 aprs tracking ajer ker? kalu tolak handy berapa kos

9W2KEY said...

9W2MDP: Harga RM350 itu adalah untuk Tracker + GPS Receiver sahaja

amirul izhwan said...

tracker + GPS ade lagi tak?

9W2KEY said...

ada

Unknown said...

Ada jual lagi ke APRS ni?

Unknown said...

Masih ada jual lagi ke APRS Ni?

9W2KEY said...

Yer ADA lagi... kenapa?

Unknown said...

Berminat nak beli...harga masih sama ke?atau dh kurang sikit bang?

Unknown said...

Berminat nk beli...harga berapa bang?sama atau dh murah lagi?

Unknown said...

Harga masih sama ke ?berminat la nk beli

9W2KEY said...

Harga sudah naik sikit, tukaran mata wang naik. Sekarang harga RM450

Unknown said...

Sistem ini perlu ada Digipeater kan?

9W2KEY said...

Yer .. kena ada Digipital dan I-Gate