Wednesday, 27 July 2011

Jom Tengok ISS Bulan Ramadhan

Tahukah anda ISS (International Space Station) yang berada pada ketinggian 365.7km dari bumi yang bergerak pada kelajuaan 27,000km/j boleh dilihat dengan mata kasar?

Percayalah, jawapannya adalah BOLEH!!


Ini kerana pada masa ISS melintas kawasan yang baru hendak bermula malam, ISS yang berada pada kedudukkan yang tinggi itu masih terkena cahaya matahari dan ISS akan membalikkan cahaya matahari atau pun memantul cahaya tersebut. Kejadiaan ini juga boleh disaksikan pada awal pagi sebelum bumi menerima sinaran cahaya matahari.

Oleh yang demikian, penduduk bumi akan dapat melihat pantulan cahaya itu dengan mata kasar. Jika mempunyai binakular / teropong maka akan dapat melihat bentuk ISS itu dengan lebih jelas lagi.

Plus500

Untuk membolehkan kita melihat ISS dng jelas, faktor cuaca dan awan juga memainkan peranan yang penting. Kita tidak akan dapat melihat ISS jika keadaan berawan, ini kerana awan berada di bawah ISS maka terlindunglah pandangan kita.



Berikut adalah jadual perjalanan ISS yang boleh kita lihat sepanjang bulan Ramadhan 2011 :


Sambil-sambil tunggu untuk berbuka puasa dan selepas berbuka puasa atau sambil-sambil tunggu nak bersahur dan selepas bersahur, bolehlah jengok-jengok ke langit untuk melihat ISS melintasi ruang angkasa Malaysia.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
Kepada HAM Radio, anda boleh mencuba untuk memanggil angkasawan di ISS dng menggunakan callsign NA1SS di freq 145.800MHz down link dan up link 144.490MHz (tanpa tone). Anda juga boleh standby di packet mode APRS 145.825Mhz.

Selamat menonton dan selamat berpuasa diucapkan kepada semua.

© 9W2KEY / 73's






Donate to 9W2KEY ONLINE



Monday, 18 July 2011

iGate Setup


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Pada kali ini saya akan bercerita berkenaan dengan iGate yang ringkas yang tidak TX signal dan cara-cara untuk setup iGate mengunakan komputer. Berikut adalah senarai software dan peralatan yang diperlukan untuk iGate.

1. UI-View
2. AGWPE
3. Audio Cable
4. Radio
5. Komputer / Netbook / Laptop
6. Internet

iGate ini tidak memerlukan interface dan tidak memerlukan audio out put dari komputer kepada Radio.



Apa tugas iGate?

Tugas dan fungsi iGate adalah sebagai gate way untuk menyalurkan data yang diterima oleh iGate station ini daripada station yang menggunakan APRS mode kepada server APRS atau APRS-is.

Apabila iGate menyalurkan maklumat yang diterimanya kepada APRS-is, maka bolehlah pengguna internet diseluruh dunia melihat data-data itu seperti message, QTH dan sebagainya.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Langkah-langkah

Langkah pertama:
Download UI-View di www.ui-view.org dan install. Sila ikuti arahan yang diberikan. Sila download UI-VIEW32.

Langkah kedua:
Daftarkan UI-VIEW tersebut di http://www.apritch.myby.co.uk/uiv32.htm klik di bendera Britis. Sila masukkan nama dan callsign, dan klik Register UI-View32. Pendaftaran ini mengambil masa 24 jam untuk diluluskan. Sila datang semua ke website ini untuk mendapatkan nombor pendaftarannya. Peringatan: TIADA EMAIL atau peringatan tentang pendaftaran ini, oleh yang demikian dinasihatkan agar Book Mark (Ctrl - D) page ini dan mengingati nama dan callsign yang telah didaftarkan. Masukkan kembali nama dan callsign seperti yang telah dimasukkan pada mulanya, kemudian tekan butang Previously Registered.

Sila simpan UI-View Registration Code dan APRS Server Validation Number kerana ia diperlukan semasa mula menjalankan UI-VIEW32.


Langkah ketiga:
Download AGWPE di http://www.sv2agw.com/downloads/default.htm dibawah bahagian AGW Packet Engine. Download AGWPE.zip AGWPE ialah driver untuk merubah fungsi sound card menjadi seperti modem, ia dicipta dan dibangunkan oleh rakan radio amator daripada Greece SV2AGW GEORGE ROSSOPOYLOS. Oleh yang demikian AGWPE ini bermaksud AGW (callsign beliau) PE (Packet Engine).

Sila extract file tersebut dan masukkan didalam folder yang mudah untuk access kemudian nanti. AGWPE tidak perlu untuk di install, ia hanya perlu di setup sahaja.


How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Setup AGWPE

Sila ke folder di mana AGWPE di extract tadi dan klik di file yang bernama AGW Packet Engine. Satu icon akan muncul di sebelah kanan bawah berhampiran dengan jam masa komputer. Right klik pada icon tersebut dan klik di properties.

Pada TNC Setup, Com port akan dipilih secara automatik oleh komputer. Pada SerialPort/Modem Baud Rate sila pilih 1200. Ini adalah nilai byte per second iaitu speed / kelajuan pemindahan data. TNC Radio Port boleh diubah mengikut cita rasa sendiri atau pun membiarkannya seperti asal tanpa diubah.


TNC Type sila pilih Sound Card, sila pastikan On Air Baud Rate ialah 1200 dan klik OK


Kemudian klik di tab TNC Commands dan pada Program adjusts Parameters Select the On Air baud Rate ialah 1200 dan klik OK


Apabila semua selesai dibahagian properties tekan OK.

Right klik sekali lagi di icon AGWPE dan pilik TCPIP Over Radio Setup. Sila pilih Thank's NO TCPIP dan klik OK


Akhir sekali restart AGWPE. Pastikan terdapat 2 icon, AGWPE dan Modem. AGWPE bersedia untuk digunakan.

30% Bonus Hotforex

Langkah keempat:
Sebelum menghidupkan UI-VIEW dan AGWPE, sila buat penyambung terlebih dahulu antara Radio dan komputer. Sambungkan Audio Out di radio dan Microphone In di komputer dengan menggunakan audio cable jack yang bersaiz 3.5mm.


Tidak perlu interface, ini kerana iGate ini tidak perlu untuk TX signalnya RF. Ia hanya menerima signal RF sahaja.

Langkah kelima:
Seterusnya, UI-VIEW hendaklah di setup bagi ia berfungsi sebagai iGate. Selepas install, sebagai permulaan UI-VIEW akan meminta agar dimasukkan Nama, callsign dan nombor pendaftaran. Sila masukkan nombor pendaftaran di dalam ruangan yang disediakan dengan betul seperti di website pendaftaran tadi, dan tekan butan OK.

Perlu diingat, sebelum menjalankan UI-VIEW, sila pastikan AGWPE telah ON.

Mula-mula sekali klik di Setup Menu dan pilik Comms Setup. Di Host Mode, pilih AGWPE. Tanda right di Use binary filter, kemudian tekan OK.


Selepas itu tekan Setup > Station Setup. Masukkan callsign, Lat dan lon. Locator akan diisi sendiri oleh system. Unproto port dan unproto address tidak perlu diubah. Beacon Comment boleh diisi mengikut kesesuian dan kemahuan pengguna.


Seterusnya untuk setup server. Setup > APRS Server Setup. Untuk mendapatkan senarai server, boleh dapatkannya dengan Encik Google atau pun dengan Encik Yahoo. Penulis lebih mengemari mengguna server Saitama di Jepun, saitama.aprs2.net:14580 nombor di belakang server itu ialah nombor port. Untuk memamasukan nama server kedalam senarai server sila tekan butang Insert di keybord dan taipkan nama server termasuk nombor port dan tekan Enter.






Donate to 9W2KEY ONLINE

Di Text to send on connection masukkan maklumat berkenaan iGate. Masukkan Validation Number seperti yang terdapat di website pendaftaran UI-VIEW.

Pada Extra Log-on text masukkan: filter a/55/64/-10/178/9M/9W d/RS0ISS/RS0ISS-3/RS0ISS-11/RS0ISS-4 d/PCSAT*

a/55/64/-10/178/9M/9W - Ini bermakna traffic dari Asia, dari semua 9M dan dari semua 9W. d/RS0ISS/RS0ISS-3/RS0ISS-11/RS0ISS-4 d/PCSAT* - semua traficc daripada ISS.

Sila rujuk kepada image seperti berikut.


Restart UI-VIEW, dan sila pastikan windows AGWPE port information muncul di screen UI-VIEW. Windows ini akan tertutup secara automatic dalam masa 10 saat.


Selepas UI-VIEW beroperasi semula, klik Action > Connect To APRS Server. Dan YES.

Sila pastikan terdapat tanda hijau seperti image berikut, tanda hijau itu bermaksud UI-VIEW telah pun bersambung dengan APRS Server.


Langkah keenam:
Apabila semua sudah bersedia, iGate anda sudah bersedia untuk berkhidmat. Terdapat 2 frequansi untuk iGate ini bertugas. 144.390MHz ialah frequasi untuk APRS tempatan dan 145.825MHz untuk APRS daripada ISS. Sila pastikan frequasi yang betul untuk meng iGate kan nya.


Langkah ketujuh:
Langkah ini adalah untuk menguji iGate yang telah di setup kan tadi. Untuk mengujinya, selepas run UI-View dan AGWPE, sambung audio cable dan tune radio ke 144.390MHz tanpa sambung ke ARPS Server.

Jika ada signal yang masuk, sila pastikan UI-VIEW boleh decode signal tersebut. Ini sekiranya terdapat aktiviti APRS di kawasan itu.

Jika tidak terdapat sebarang aktiviti APRS, maka ujian ini tidak akan berhasil.

Untuk mendapat peta bagi kegunaan UI-VIEW ini, sila dapatkannya di http://www.9w2key.arkb.org.my dan download daripada situ.

Sekiranya terdapat sebarang pertanya sila beri komen anda dipage ini untuk saya menjawapnya.



Selamat mencuba dan selamat berjaya.

© 9W2KEY / 73's