My log book summary

Sunday 26 November 2023

Upload sketch ke NANO melalui UNO

Kenapa susah-susah begitu??

Kan di NANO board tu sendiri sudah ada USB port yang boleh digunakan untuk upload sketch?

Okay begini, antara sebab kenapa kita kena buat cara ini adalah kerana:- 

Pertama, USB port di NANO itu rosak dan sudah tidak boleh RX/TX data antara board dan IDE. Dengan kata lain communication sudah tidak ada. Kebiasaannya ia berlaku pada board yang lama, USB port nya telah berkarat dan ada kalanya dah longgar. 

Kedua, kalau ada error seperti berikut:-

avrdude: stk500_recv(): programmer is not responding
avrdude: stk500_getsync() attempt 1 of 10: not in sync: resp=0x00
avrdude: stk500_recv(): programmer is not responding
avrdude: stk500_getsync() attempt 2 of 10: not in sync: resp=0x00
...

Pun boleh juga guna kaedah ini untuk upload sketch ke Arduino NANO.

Ketiga, saja nak suka-suka, experiment, belajar dan mencuba benda baru. Tak suka tak apa, tak payah buat tak pe, tak berdosa pun.


Langkah-langkahnya:-

1. Mula-mula upload sketch file ArduinoISP ke UNO, file tu ada dalam Menu > File > Examples > ArduinoISP


Upload sketch tersebut ke UNO macam biasa.


2. Cara sambungan

UNO > NANO (ICSP)

D13 > SCK

D12 > MISO

D11 > MOSI

D10 > RESET

5V  > VCC

GND > GND


image from docs.arduino.cc

3. Arduino IDE

Di sini kena lakukan beberapa setup. 

Pertama, pilih Boards Arduino NANO BUKAN UNO tau, dan Ports, dalam kes saya saya pilih port USB0.


Kedua, pilih Processor: "ATmega328P"

Ketiga, pilih Programmer: "Arduino as ISP" BUKAN "ArduinoISP"


Keempat, upload Sketch kepada NANO bukan macam biasa tau!!

Tetapi menggunakan Menu > Sketch > Upload Using Programmer


Semasa proses upload sedang berlangsung, kedua-dua board itu berkelip-kelip secara serentak dan cepat. Upload done!

Selesai.


Selamat mencuba!!


de 9W2KEY

73

Sunday 6 June 2021

Reconstruction SlimJin Antenna

Hai gaissss... Lockdown PKP 3.0 ni, tak ada nak buat apa. Untuk mengisi masa, kali ini saya ambik semula antenna slimjin yang telah dibuat 10 tahun lepas.

Antenna ini asalnya adalah ilmu dan tunjuk ajar dari 9M2ART, lakaran dan ukuran asal antenna ini sudah hilang. Puas cari, tapi tak jumpa-jumpa juga.

Mudah je buatnya, bahan-bahan pun mudah dan murah ada disekitar rumah kita aje.

Bahan utama untuk membina antenna ini adalah wayar dan penyokong untuk wayar tu pulak adalah PVC.

Dulu pakai wayar warna kuning, disebabkan sudah lama, wayar itu saya tukar dengan wayar warna hijau pulak. Itu pun wayar lama jugak, tapi okay lagi sebab dia berada dalam bilik bawah katil dan disimpan dengan elok.



Point coax ini, saya letak pada jarak 9cm dari bawah. Saya sudah lupa, wayar dari coax ada 2 kan, yang sebelah dalam dan sebelah luar (berbulu). Sebelah dalam nak sambung mana, yang berbulu tu nak sambung sebelah mana? Lupa dah!!. Kali ini, saya main sambung je, dan soldering pada jarak 9cm. Harap-harap okay lah.

Menurut petua dan ilmu yang diajar oleh 9M2ART, bagi mendapat bacaan SWR yang baik, bolehlah ejas jarak point sambungan ini sama ada makin panjang atau makin pendek. Perubahan jarak itu, akan memberi kesan kepada bacaan SWR.

Dua hujung wayar element antenna ini tidak bersambung dan tidak bersentuhan. Jarak pemisah dia adalah lebih kurang 3cm.


Finally ... saya letak satu filter ferrite dan female connector. 

Menurut ramalan cuaca, QTH base saya akan hujan pada jam 5:00 PM, saya terus panjat bumbung rumah dan pasang antenna ini. 

Alhamdulillah, bacaan SWR cantik. Walaupun tidak secantik dulu, tapi okay lah untuk RX signal APRS dari Digipeater 9M4RAB-3 dan station sekitar OJ15dx InsyaAllah.

Siap pasang atas bumbung rumah pada jam 4:32pm


Alhamdulillah, Okaylah staro ni SWR untuk RX signal APRS bagi kegunaan iGate 9W2KEY-10.

Selamat mencuba antenna slimjin, and good luck. 

de 9W2KEY CUAGN 73's


#StayAtHome
#StaySafe
#HamRadio
#9W2KEY


Nota kaki: Saya tidak bertanggung jawap dan tidak akan membayar sebarang tuntutan ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada harta benda dan nyawa semasa menjalankan ujian ini. Semuanya adalah tanggungang sendiri dan resikonya adalah tanggung jawap anda.

Friday 28 May 2021

SSTV ISS datang lagi

Maklumat yang diperolehi daripada website ISS Fan Club yang diterbitkan pada 27 Mei, 2021 ISS akan TX SSTV images pada 9 dan 10 June, 2021 (tak pasti laa pulak, ada tak event ini semasa melintasi ruang angkasa Malaysia. Tapi tak salah kalau kita mencuba, kan kan). Jom kita sama-sama ambik peluang ini untuk mencuba salah satu mode komunikasi dalam Ham Radio.

Saya tak pandai laa Pok Key...

Alaaa, mudah je, syarat sah untuk bekerja dengan satellite ada 5. Pertama adalah antenna, kedua satellite tracking, ketiga frequasi, keempat mode dan kelima Decode App.

1. Antenna:

Antenna yang terbaik untuk bekerja dengan satellite adalah YAGI. Macam-macam ada, home beli ada, homebrew pun ada. Saya pakai homebrew yagi antenna buat dengan pita pengukur je.


Saya tiru design dan ukuran dari website KB6NU Tapi saya buat untuk VHF je.

Pengalaman saya dalam proses RX dan decode SSTV dari ISS ini, saya guna rubber duck je letak atas bumbung kereta je.




Video 1 - SSTV via ISS
https://youtu.be/6Kf5Z1_qy3U

Video 2 - SSTV from ISS
https://youtu.be/bSRXjiUO9vY

Rakaman dibuat pada tahun 2019 BC (Before Covid)

2. Satellite Tracking:

Ada beberapa app yang boleh kita guna untuk tracking satellite. Ada yang free, ada yang berbayar. Pilihlah mana-mana yang bekenan dihati. Untuk kali ini saya berikan satu altenatif untuk tracking satellite ini dengan hanya menggunakan website sahaja. Antara yang popular saya guna adalah N2YO.

Sila daftar dan masukkan long lat QTH anda, nanti website itu akan mengira bila masa dan tarikh satellite akan melalui lokasi anda.


3. Frequasi:

Frequasi VHF untuk semua satellite Radio Amator adalah:


145.800MHz - 146.000MHz


Oleh yang demikian, janganlah kita suka-suka merogol frequasi tersebut. Kesian member-member satellite hunter QRM tinggi bila ada station yang mencabul dan merogol frequansi ini.

Untuk event SSTV via ISS ini, mereka akan menggunakan frequasi 145.800MHz.


4. Mode:

Macam-macam mode ada di satellite yang boleh kita guna, antara yang populor ialah Voice Repeater, APRS dan SSTV. Pilihlah yang berminat, untuk kali ini kita pilih SSTV. Mode yang lain-lain, InsyaAllah akan datang dengan article yang lain pulak. Jangan lupa follow blog saya.


5. Decode App:

Untuk decode SSTV, saya guna app Robot36 je. Kat Google Play Store pun ada.




Saya tak minat laa Pok Key...

Tak minat kalu, diam-diam duduk sana punya tempat, makan kacang makan kuaci. Nanti minat sudah mari kalu, sini datang aaa....


Selamat mencuba, selamat menerima image SSTV de 9W2KEY 73's


Nota kaki: Saya tidak bertanggung jawap dan tidak akan membayar sebarang tuntutan ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada harta benda dan nyawa semasa menjalankan ujian ini. Semuanya adalah tanggungang sendiri dan resikonya adalah tanggung jawap anda.


Wednesday 19 May 2021

Raspberry PI APRS iGate Setup

Berikut ini adalah setup yang telah saya guna untuk APRS iGate service bagi callsign 9W2KEY-10. Hardware yang saya guna adalah Raspberry PI 3 B+ dan SDR USB.

Hardware: 









Software:

Setup ini, saya berpandukan article yang telah diterbitkan oleh WB2OSZ yang boleh didapati di sini.

Ikut semua langkah-langkah seperti article tersebut. Kemudian rujuk kepada file sdr.conf file ini pada asalnya bagi saya, ia tidak lengkap. Kerana tidak ada comment untuk post QTH (long, lat). Jika tidak ada comment itu, maka APRS Server tidak tahu QTH kita, dan station kita tidak akan wujud di peta APRS.



Edit file tersebut dan letak comment seperti berikut:

PBEACON sendto=IG delay=0:30 every=60:00 symbol="igate" overlay=R lat=05^57.57N long=102^19.59E comment="Power by Raspberry PI & SDR http://9w2key.blogspot.com"


Sila tukar nilai lat dan long kepada lat long lokasi anda. Tolong edit dulu yer, kalau tidak ia akan bertindih-bertindan dengan station saya. Naya kena kes macam ni.

Save dan reboot system.

Selepas system siap sedia, pegi ke http://aprs.fi/<callsign anda> dan tengok di map, dan pastikan lokasi anda telah betul.


Info iGate, berdasarkan maklumat yang ada dalam sdr.conf


Mula-mula Dire Wolf running: System akan membuat sambungan secara automatik ke server, sekiranya gagal, dia akan terus mencuba untuk membuat sambungan kepada APRS server sehingga berjaya. Apabila sambungan itu berjaya, Direwolf akan memaparkan URL IP server dan kita boleh pegi ke ip tersebut untuk maklumat lanjut. 


Status connection dengan server beserta lat long dan message dari iGate. Text berwarna pink itu adalah becon dari iGate kepada server. Ini bermaksud server dan iGate telah berjaya disambungkan.


Activiti APRS yang diterima oleh iGate.



Okay siap... Selamat Menyediakan Perkhidmatan iGate APRS ... de 9W2KEY 73's


Nota kaki: Saya tidak bertanggung jawap dan tidak akan membayar sebarang tuntutan ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada harta benda dan nyawa semasa menjalankan ujian ini. Semuanya adalah tanggungang sendiri dan resikonya adalah tanggung jawap anda.


Saturday 15 May 2021

Setup APRSDroid + Baofeng UV-5R

1. Beli (RM18.95) dan Install APRSDroid

App APRSDroid ada di Google play store dan kena bayar laa sikit. Semasa article ini ditulis harga dia adalah RM18.95 dengan harga sebanyak ini dapat kita jimat beratus-ratus ringgit untuk membeli peralatan APRS yang biasa.



2. Setup APRSDroid

Saya menggunakan Tablet Samsung SM-T510

System perhubungan APRSDroid ini ada 2 jenis iaitu melalui internet dan melalui Audio (AFSK) [Audio frequency-shift keying] AFSK Dalam tutorial kali ini, saya fokus kepada Audio (AFSK).

Selepas siap install APRSDroid, kita kena setup app itu terlebih dahulu. Klik di butang menu app dan pilih Preferences. 

a. Masukkan callsign Ham Radio anda yang sah

b. Pilih SSID (Ikut suka tuan punya badan, kalau saya mula-mula guna 5, tapi lepas tu guna 7 pulak. Sebab 7 tu guna Handheld radio)

c. APRS digi path: WIDE1-1,WIDE2-1 (Sila Google untuk detail kenapa path begini)

d. Connection Preferences: Audio (AFSK)

e. APRS symbol: pilih yang sesuai

f. Voice freq: Letak freq voice yang boleh dihubungi. Tak letak pun tak apa.

g. Comment field: Letak laa comment becon anda yang sesuai

yang lain setup dia ikut standard dia je. Akhir sekali tekan back.



Sekarang di screen utama nampak seperti berikut: 


Sila tekan butang 'Send Position' dan tunggu 3 - 6 saat dan pastikan ada audio packet seperti berikut kedengaran di speaker:


Apabila audio tersebut telah kedengaran seperti di atas, ini bermakna setup untuk mode Audio AFSK telah sempurna. 


3. Setup di Baofeng

Setup di radio, saya guna hanya VOX sahaja. Letak di freq 144.390MHz (APRS Standard Freq, 145.825MHz adalah freq APRS untuk ISS dan satellite).

Pastikan TIADA TONE semasa TX di freq itu, ini kerana akan mengganggu operasi APRS dan berkemungkinan besar menggagalkan operasinya.

Untuk testing, letak tablet/hengpong dan radio berhampiran speaker dan run APRSDroid. Kemudian telah 'Send Position'. Bila audio kedengaran, pastikan radio akan pickup audio tersebut dan TX (ini bermakna, setup VOX tadi telah selesai). Sebelum jalankan ujian ini, sila pastikan radio anda bersambung dengan antenna. 



Jika tidak ada aktiviti TX juga, sila ubah nilai VOX dan kekuatan audio tablet/hengpong. Jika masih tak fungsi juga, sila tohok dalam sungai dan beli baru sambil bobel sepuas hati.

Apabila berjaya TX tadi, jika anda berada dikawasan yang mempunyai iGate atau Digipeter, anda akan dapat melihat callsign anda akan muncul di website aprs.fi/<callsign anda>


4. Audio Cable 

Ada 2 pilihan untuk memiliki cable ini. Pilihan pertama beli je di Amazon dengan harga USD22.49 + USD63.76 shipping & import fees = USD86.25 sahaja.  Amazon

Semasa article ini ditulis persamaan USD86.25 dengan Ringgit Malaysia adalah lebih kurang RM355.78

Pilihan kedua adalah dengan DIY yang memenatkan dan menyusahkan kita, modal dia RM8.20 sahaja. Beli jack audio untuk handphone/tablet RM8.00 lagi 20 posen beli resistor 500ohm 2 biji. Cable dan audio jack untuk saiz 3.5mm dan 2.5mm boleh pakai yang mana ada je.


Cara buat dia mudah je, ikut sambungan seperti berikut:

Saya Google je ni


Okay bila dah siap, bolehlah cucuk di tablet/hengpong dan di Baofeng. Sambung antenna elok-elok, supaya  boleh capai ke mana-mana iGate atau Digipeter yang berada di kawasan anda, dan run system ini dengan menekan 'Start Tracking'. Screen boleh kita off, sebab app APRSDroid akan running secara background.

Ta daaaaa... siap dah... Selamat mencuba. de 9W2KEY 73's 


Update sikit: 24 Mei, 2021

Setting pada APRS Connection --> Sub menu Audio (AFSK) --> Audio Output --> Music

Sesetengah device android, bunyi packet APRS tidak di jack tetapi di device speaker. Apabila terjadinya begini, audio tidak akan sampai ke Baofeng, dan VOX tidak berfungsi dan tiada packet yang dihantar ke RF.

Pada menu Audio Output terdapat:-

1. Voice Call

2. Ringtone

3. Music

4. Alarm

Sila pilih yang bersesuaian dan yang berfungsi dengan device anda. Bagi Samsung Tablet SM-T510, Music adalah yang sesuai.


Cable yang saya buat dan guna untuk projek ini, macam ni je. Tak lawo, tapi yang penting adalah ia berfungsi dengan baik dan sempurna. InsyaAllah.


Nota kaki: Saya tidak bertanggung jawap dan tidak akan membayar sebarang tuntutan ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada harta benda dan nyawa semasa menjalankan ujian ini. Semuanya adalah tanggungang sendiri dan resikonya adalah tanggung jawap anda.