Kesihan, itulah perkataan yang bermain dalam fikiran bila terbaca cerita yang berlaku kepada seorang Rakyat Singapora yang memiliki Yeasu FT60, kisahnya berlaku pada 1hb Disember, 2010 di Phuket Thailand. Harap-harap perkara ini tidak berlaku pada rakan Radio Amator dari Malaysia.
Memiliki radio amat mudah sekarang, kenapa tidaknya? Harganya murah dan senang didapati. Tetapi pengguna tidak tahu bahawa memiliki radio jenis ini MESTI MEMPUNYAI LESEN. Jadi menjadi tanggung jawap pengendali-pengendali Radio Amator yang berlesen untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perkara ini. Jangan dipandang remeh perkara ini, walaupun di Malaysia penguatkuasaan undang-undang ini masih lagi remeh tetapi kita perlu ingat. Di negara lain tidak sama seperti Malaysia, bak kata pepatah "lain padang lain belalang".
Ikutilah kisah sedih yang dialami oleh rakyat Singapora yang sekarang ini sedang ditahan dalam lock up di Thailand kerana kesalahan memiliki dan mengguna radio.
Klik disini untuk membaca kisahnya.
No comments:
Post a Comment