Hari ini projek nak siapkan interface untuk handy spender yang tersohor di Malaysia. Ramai orang guna handy jenis ni. Buatnya tak susah, tapi kena tumpukan perhatian betul-betul sebab cable dia dan cara dia adalah berbelit-belit. Heran, grounding point boleh dia orang buat untuk ON / OFF TX hmmmm.. tak reti nak fikir dan tak sempat nak pikir pemikiran dia org yang buat handy ini. Berikut adalah bahan-bahanya:-
1. Com Port 1 (9 pins)
2. Jack audio 2.5mm 1 unit
3. Jack audio 3.5mm 3 unit
4. Cable / wire secukup rasa.
Testing dulu, cari mana point untuk TX dan point mana untuk RX. Mic in dan Spkr out dah ditulis dah di penutup lubang-lubang tu.
Yes.. testing.. testing... hello, hello.. boleh dengar ke? Ada bunyi ke?
Ok.. bila dah jumpa point, jangan tunggu lama-lama. Nanti kita tak ingat mana satu point untuk disambungkan.
Ini proses untuk sambungan dari TX / RX Audio in dari komputer dan Audio out dari radio.
Siap...
Sambungan ke Com Port 1... selesai
Testing lagi.. mana la tau kot-kot ada berlaku lintar pintas.. ok.. beres tak ada masalaah
Siap 95%... Alamak, kotak projek pulak kehabisan stok. Kena tinggal macam tu dulu laa. Esok kena beli kotak projek bagi mencantikkan dan mengemaskan lagi interface ini.
Interface ini saya jual di eBay keseluruh dunia dengan harga RM90.00 + RM10.00 untuk belanja pos (lebih kurang USD29.50). Untuk pembelian bukan melalui eBay, anda boleh terus berhubung dengan saya melalui email atau talipon.
Sila berkunjung ke eBay 9W2KEY Store.
No comments:
Post a Comment