Kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua dan menunjukkan cara untuk membuat PTT Mic untuk iCom mobile seperti V8000, 2200 dan yang sewaktu dengannya. PTT Mic seperti ini amat berguna apabila PTT asal (MH-133S) rosak atau tak boleh TX.
Biasa laa.. masaalah iCom ni dia punya butang mudah rosak. Dimasa-masa akan datang, akan saya tunjuk pulak macam mana nak baiki dan tukar butang yang rosak itu. Buat kali ini saya tunjuk cara yang terdesak untuk QSO, dan masa dalam kecemasan. Bila ada kecemasan dan terdesak untuk QSO, tetapi PTT rosak... beginilah caranya untuk mengekalkan komunikasi agar tidak terputus.
Bahan-bahannya ialah:
1. Penyambung RJ-45 yang mempunyai 8 pin. Jack ini biasa digunakan untuk sambungan komputer network.
2. Microphone komputer.
Cara-caranya:
Potong cable kepala RJ-45. Ambil Cable nombor 4, 5 dan 6. Potong cable microphone komputer. Ground mic sambung kepada cable no 5. Cable microphone 1 lagi tu sambung ke cable no 6. Sambung ke tak sambung ke perintang 33K cable no 5 dan 6 tak ada masaalah. Kalau sambung audio kita akan comel. Kalau tak sambung, audio kita akan bunyi bass banyak. Yang peting kita tetap dapat QSO dan orang akan QSL apa yang kita kata.
Cara Guna:
Untuk TX, sambungkan cable no 4 dan 5 dan bercakap laa dengan microphone komputer tu seperti biasa. Untuk RX, putuskan sambungan cable 4 dan 5. Sambung untuk TX mode, putus RX mode.
Cara mengira pin RJ-45
Cara sambungan.
Untuk mencantikkannya lagi, anda pikir sendiri laa.. nak buat macam mana, nak letak dalam gapo ko, itu you punya pasal la...
Untuk model-model lain sama aje prinsipnya. Sila rujuk kepada buku panduan radio masing-masing, mesti ada cerita pasal Pin untuk PTT, Mic dan Ground. Kalau Yeasu Pin No 1 = PTT, 2 = Mic In dan 3 = Ground.
Selamat mencuba... bye 73's
Tweet
No comments:
Post a Comment