Monday, 29 March 2010

9W2RRC

Bersama Pak Sarji, 9W2RRC. Kawan lama dalam radio amator. Dulu masa mula-mula main radio, saya rasa dialah rakan radio yang paling jauh dan aktif dalam semua aktiviti yang rakan-rakan Kota Bharu buat.

Beliau tinggal di Tanah Merah, bila ada activiti yang dijalankan oleh rakan-rakan di Kota Bharu, beliau tetap datang. Pukol 2, 3 pagi pun beliau sanggup lagi datang ke Kota Bharu.

Pernah sekali tu, rumah mak mertua saya ada buat kenduri. Masa tu, saya QSO aje dengan dia. Tak pernah jumpa dan tak pernah kenal pun. Bagaimanawalaupun, beliau tetap datang. Memeriahkan lagi suasana majlis itu bersama rakan-rakan lain. Bila dah jumpa tu, sama-sama rasa macam pernah jumpa. Ingat gi, ingat mari, rupa-rupanya client lama. Hahahaha....

Tetapi sekarang tidak lagi, beliau dah sibuk dengan tugas-tugas dan perniagaan beliau yang makin berkembang. Terima kasih Pak Sarji atas kesudian datang berkunjung ke pejabat saya bagi menyelesaikan urusan kerja. Disambil tu beliau sempat QSO dengan 9W2SHQ, Shah kalau you nak kenal, inilah tuan yang QSO dengan anda. 9W2RRC.

Sampai jumpa dan jumpa lagi... 73's


1 comment:

duniaku milikku said...

my luvly dad..... touchg2 ade cter bout my dad... hehehe... tq update story bout my dad...