Monday, 22 January 2018

Error resizing existing partition

MODEL: RASPBERRY PI 3 MODEL B

Hai semua, saya baru guna RASPBERRY PI 3 MODEL B dan berhadapan dengan masalaah yang pertama iaitu:-

Error resizing existing partition.
Error: The FATs don't match. If you don't know what this means, then select cancel, run scan disk on the file system, and then come back.

Error ini keluar masa mula-mula nak install NOOBS ataupun RASPBIAN. Kedua-duanya tidak berjaya.

Akhirnya terjumpa jugak caranya. Lupakan dan abaikan NOOBS.

Langkah-langkahnya:

1. Download dulu RASPBIAN STRETCH WITH DESKTOP di website https://www.raspberrypi.org/downloads/raspbian/

2. Format SD card dengan menggunakan SD Memory Card Formatter. Pilih Formatting options "Overwrite format", software ini boleh di download di https://www.sdcard.org/downloads/formatter_4/

3. File RASPBIAN tidak boleh copy paste ke SD memory card, dia kena burn. Macam kita burn CD dulu-dulu untuk buat boot CD. Caranya mudah je, iaitu download ETCHER di website https://etcher.io/ dan install.

4. Unzip file RASPBIAN STRETCH WITH DESKTOP yang didownload tadi, size file ini lebih kurang dalam 4GB. Buka software Etcher, klik Select image, pilih file yang di unzip tadi. Klik Select drive, pastikan komputer telah dapat mengesan SD memory card. Akhir sekali tekan Flash! dan tungguuuuuu...

5. Selepas semua selesai, barulah SD memory card tu boleh cucuk di RASPBERRY PI. Dan Error resizing existing partition sudah tidak ada lagi. PI berfungsi dengan sempurna.

Selamat mencuba.

No comments: