My log book summary

Wednesday, 25 January 2017

DIGITAL MODE TANPA INTERFACE

Ramai yang tidak percaya dan sangsi, bahawa saya boleh bekerja dalam mode RTTY dan PSK31 tanpa interface. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya ketengahkan melalui kaedah ini. Sebelum ini, ramai yang cakap tidak mampu untuk turut serta QSO dalam mode digital ini, disebabkan tidak ada interface. Tanggapan ini SALAH!

Di sini saya ingin buka rahsia kejayaan saya bekerja dalam mode digital tanpa interface. Seperti mana ramai yang tahu, bahawa saya mampu buat interface sendiri.

Dengan pendedahan ini, diharap dapat memberi inspirasi kepada peminat Radio Amator untuk mencuba mode ini walaupun tidak mempunyai interface. Say bye bye to interface.

Langkah 1:
Di radio, ON kan fungsi VOX dan selaraskan kepada sensitivity yang tinggi. Ini kerana untuk membolehkan hanya audio digital sahaja yang mampu membuka VOX itu. Bagi mode digital, semua band menggunakan USB mode.

Langkah 2:
Setup software untuk auto CQ cantik-cantik. Disini saya menggunakan software MixW (freeware). Cara nak setting software ini, sila baca panduannya. Untuk download sila ke http://mixw.net/

Langkah 3:
Letak mic/PTT di pembesar suara komputer / laptop. Saya ikat gelang getah sikit untuk mengelakkan PTT itu mengelongsor.


Langkah 4:
Letak microphone di pembesar suara radio.

Langkah 5:
Tutup mic itu dengan cawan, tujuannya adalah untuk dijadikan pembias bunyi yang keluar dari pembesar suara radio tadi agar tidak berselerak keluar dan bunyi itu akan berkumpul dalam cawan dan dapat diterima oleh mic sepenuhnya. Disamping itu juga untuk mengelak bunyi luar dari terkena microphone.

Langkah 6:
Cucuk microphone jack di microphone IN di Komputer / laptop

Langkah 7:
Let go


Selamat mencuba, selamat maju jaya.

de
9W2KEY
73





3 comments:

BKCM said...

Tkasih key 73 dp 9w2bcx

Suhaiman said...

Tq bang key from 9W2GVR

Unknown said...

Saya dah cuba, it work very well