My log book summary

Saturday 5 March 2011

Apa itu Interface


Interface buatan tangan oleh 9W2KEY

Interface ialah satu alat yang digunakan untuk menjadi pengantaraan antara komputer dan RIG. Ia berfungsi untuk mengawal RIG bila untuk TX dan bila untuk RX. Kebanyakkan mode komunikasi yang menggunakan komputer menggunakan mode digital. Station sebegini dipanggil gatewaty. Antara mode digital yang biasa digunakan adalah seperti berikut:

1. APRS
2. SSTV
3. RTTY
4. dll

Get Rich Fast - Leverage up to 1:500

Selain daripada mode digital, EchoLink dan EchoStation pun menggunakan interface yang sama untuk berfungsi sebagai pengantaraan itu. RIG akan TX audio station yang sedang QSO didalam EchoLink ke RF dengan dibantu oleh interface. Apa bila station bukan didalam EchoLink atau station dari RF mula TX, RIG gateway itu hendaklah didalam keadaan RX mode. RX mode ini adalah dikawal oleh komputer melalui interface secara automatic. Oleh yang demikian station operator atau pun owner tidak perlu menunggu di PTT untuk menekan PTT apabila ada station dari internet sedang ke udara.


Pada umumnya, semua RIG boleh disambungkan dengan interface. Cuma yang membezakannya adalah penyambung di PTT port atau audio jack. Contoh iCom Handy dan Spender tidak sama. Spender dan Kenwood Handy hampir-hampir sama. Oleh yang demikian, jangan berkecil hati dan menjauhkan diri dari dunia digital Radio Amator disebabkan menggunakan RIG yang berharga murah dan tidak mempunyai interface yang sesuai untuknya. Jangan risau, setiap RIG ada interface nya dan boleh dibuat dengan hanya mengetahui punca untuk TX/RX dan microphone.


USB Port

Simbol USB




Kebanyakkan interface, menggunakan port RS232 9 pin. Tetapi komputer, Laptop atau Netbook baru sekarang tidak mempunyai port RS232 ini. Hanya USB Port sahaja yang ada, jangan bimbang walaupun tidak mempunyai port RS232 tetapi anda masih boleh menggunakan interface ini. Caranya ialah dengan menggunakan Converter, harganya adalah berpatutan. Tips bagi penggunakan interface melalui converter ini adalah dapatkan converter USB version 1.1 dan BUKAN 2.1 ataupun yang terbaru. Ini kerana ver 1.1 amat sesuai dan serasi dengan interface.

RS 232 to USB Converter

Dapatkan interface anda sekarang disini. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 019-3766716 atau email 9w2key [at] amsat.org

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.



3 comments:

9w2mzl said...

artikel yang agak baik.. apa kata kita explore digital pulak.. mungkin tak sehebat d-star tapi yang penting kita bermula..

9W2KEY said...

Terima kasih

9 Whiskey 2 NMX said...

gr8 article ;)