My log book summary

Saturday 27 November 2010

NICE Video from NA1SS (KF5BOC)


ISS Commander Doug Wheelock KF5BOC telah pun selamat mendarat ke bumi pada hari Jumaat 26 November, 2010 dalam misi ISS Expedition 24.

KF5BOC

Bersama beliau adalah Fyodor Yurchikhin RN3FI dan Shannon Walker KD5DXB. Mereka telah menggunakan Soyuz 23S untuk mendarat dan dengan selamatnya mendarat berhampiran bandar Arkalyk, Kazakhstan tepat jam 10.46 a.m. waktu tempatan.


Sebelum meninggalkan ISS, Commander Doug Wheelock KF5BOC telah membuat rakaman video tentang Ham Radio di ISS. Didalam video ini terdapat sedikit penjelajahan di dalam ISS dan diikuti dengan QSO beliau bersama Ham Radio Station di Amerika Utara.




Sunday 21 November 2010

Five new Amateur Radio Satellites in orbit



FASTRAC-1, FASTRAC-2, NanoSail-D2, O/OREOS and RAX were launched at 01:24 UT on Saturday Nov 20, reports of the signals are needed.

So far signals have been reported from FASTRAC-2 (Emma), O/ORES and RAX.



RAX-1: 435.505Mhz

Nominal Frequencies:

- FASTRAC-1 "Sara Lily" 437.345 MHz FM AX.25 1200bps
- FASTRAC-2 "Emma" 145.825 MHz FM AX.25 1200bps
- RAX-1 437.505 MHz
- O/OREOS 437.305 MHz
- Nanosail D2 0.5 sec beacon every 5 sec on 437.275 MHz.

de 9W2KEY / 73's

Tuesday 9 November 2010

Keputusan Perbincangan Perjumpaan RAE 2010/04


Berikut adalah keputusan Perbincangan dalam Perjumpaan RAE 2010/04 yang telah diadakan di BSM Kota Bharu pada 9hb November, 2010 jam 9.00 malam

Tarikh mula kelas: 19hb November, 2010
Hari: Tiap-tiap hari Jumaat dan Sabtu
Jam: 9.00 mlm - 11.00 mlm (Dipersetujui juga masa boleh dilanjutkan sehingga jam 11.15 malam jika terdapat topik-topik yang memerlukan penjelasan dan penerangan yang lebih mendalam)
Jumlah Pelajar: 29 orang
Bayaran adalah seperti berikut:
1) Kelas: RM50.00
2) Ahli ARKB: RM45.00
3) Ahli BSM: RM15
Jumlah: RM110.00 (Bayaran berperingkat)
Perlantikan Ketua Kelas: Cikgu Zahar

Kepada calon-calon yang akan hadir ke kelas ini, adalah diminta agar menjaga kebersihan kawasan BSM dan datang pada tepat pada waktunya. Sila buang puntung rokok ke dalam bekas yang telah disediakan dan menyusun kerusi selepas digunakan. Kerjasama anda adalah amat dihargai.

Kepada calon-calon yang tidak hadir ke Perjumpaan ini, sila dapatkan gambaran yang details daripada rakan-rakan anda yang hadir untuk memudahkan perjalanan kelas ini.

Bayaran pendaftaran untuk kelas ini, sila berhubung dengan 9W2AEC (Encik Azam) ditalian 019-942 3249 untuk maklumat lanjut.

Sekian terima kasih.


plus500 online trading

Wednesday 3 November 2010

Perjumpaan Kelas RAE 2010/04


Perjumpaan untuk perbincangan persediaan kelas RAE akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 9 November, 2010 (Hari Selasa)
Jam: 9 malam
Tempat: Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan, Jalan Mahmood, Kota Bharu.

Kepada semua calon RAE 2010/04 yang berminat untuk mengikuti kelas anjuran ARKB dengan kerjasama BSM ini, dijemput hadir pada tarikh dan masa seperti yang tersebut.

Antara agenda yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

1. Sesi Pendaftaran
2. Bila Kelas nak dimulakan
3. Berapa kali seminggu
4. Berapa bayaran yang dikenakan
5. Perlantikan Ketua Kelas
6. Suai kenal
7. Dan lain-lain hal yang berkaitan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 9W2KEY (Zaki) di talian 019-3766716 atau email 9w2key [at] amsat dot org atau blog 9W2KEY Online.

Harap Maklum

Plus500

Tuesday 2 November 2010

ISS School Contacts

Pada 3 November, 2010 jam 2.05 pagi akan berlangsung acara ISS School Contacts antara S.K. Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia dan ISS.

Sekolah ini akan menggunakan callsign 9M2RPN dan ISS akan menggunakan callsign OR4ISS. Frequansi downlink yang digunakan oleh ISS ialah 145.800MHz. Berikut adalah soalan-soalan yang akan ditanya oleh para pelajar kepada krew di ISS:

1. When you have achieved orbit, what is the first thing that you do?
2. Do you feel day and night in space?
3. Is there a bathing roaster for the crew?
4. What was your feeling when you were launch into space?
5. What time zone do you observe in space?
6. Have you seen other planets besides earth?
7. How big is the ISS?
8. Is it always dark in outer space?
9. Do you have your own room in space?
10. Do you sweat in ISS?
11. How does one get treated for the sudden sickness in space?
12. What does it feel like to float in space?
13. How is air and water in the ISS?
14. Does the lack of gravity in space affect your bones?
15. If air leak happen in ISS, what emergency action will be taken?
16. Is it hard to eat in space?
17. What do you see if you look out from the window now?
18. Can you see other satellite from the ISS?
19. Does dust exist in the ISS like they do ion earth?
20. Do you dream in space and what was your first dream?

Laluan ISS pada masa dan tarikh tersebut adalah seperti berikut:

AOS: 02.02am
Starting Azimut: 325 darjah
MAX EL: 80 darjah (Azimuth: 053)
LOS: 02.12 am
END AZIMUTH: 143
Freq: 145.800MHz Down link ISS

Plus500