Tuesday, 9 November 2010

Keputusan Perbincangan Perjumpaan RAE 2010/04


Berikut adalah keputusan Perbincangan dalam Perjumpaan RAE 2010/04 yang telah diadakan di BSM Kota Bharu pada 9hb November, 2010 jam 9.00 malam

Tarikh mula kelas: 19hb November, 2010
Hari: Tiap-tiap hari Jumaat dan Sabtu
Jam: 9.00 mlm - 11.00 mlm (Dipersetujui juga masa boleh dilanjutkan sehingga jam 11.15 malam jika terdapat topik-topik yang memerlukan penjelasan dan penerangan yang lebih mendalam)
Jumlah Pelajar: 29 orang
Bayaran adalah seperti berikut:
1) Kelas: RM50.00
2) Ahli ARKB: RM45.00
3) Ahli BSM: RM15
Jumlah: RM110.00 (Bayaran berperingkat)
Perlantikan Ketua Kelas: Cikgu Zahar

Kepada calon-calon yang akan hadir ke kelas ini, adalah diminta agar menjaga kebersihan kawasan BSM dan datang pada tepat pada waktunya. Sila buang puntung rokok ke dalam bekas yang telah disediakan dan menyusun kerusi selepas digunakan. Kerjasama anda adalah amat dihargai.

Kepada calon-calon yang tidak hadir ke Perjumpaan ini, sila dapatkan gambaran yang details daripada rakan-rakan anda yang hadir untuk memudahkan perjalanan kelas ini.

Bayaran pendaftaran untuk kelas ini, sila berhubung dengan 9W2AEC (Encik Azam) ditalian 019-942 3249 untuk maklumat lanjut.

Sekian terima kasih.


plus500 online trading

2 comments:

Hafizi said...

menarik nih. raso macam nak attend sekali lagi jah.

9W2KEY said...

sila sila, kepada bekas pelajar-pelajar pun buleh datang jugak untuk menambahkan lagi ilmu dan mengulang kaji pelajaran yang telah belajar dulu. Tapi dengan syarat, jangan bising dalam kelas.