Kali ini saya cuba membina koding / sketch Arduino dengan bantuan AI, dan berpandukan ilmu asas yang diperolehi semasa mengikuti kelas Asas Arduino anjuran Fakulti Rekebentuk Inovasi & Teknologi UniSZA, yang dikendalikan oleh Dr. Fathurrahman Lananan (9M2FLP) yang berlangsung pada 25hb Oktober 2025 di UniSZA, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Kenapa ESP8266?
Sistem komunikasi APRS ada 2 kaedah, pertama melalui RF. Sama ada menggunakan radio biasa atau SDR, sama ada untuk TX / RX atau RX sahaja. Kaedah kedua adalah melalui internet. Kaedah ini menggunakan internet sepenuhnya sama ada untuk TX / RX atau RX sahaja.
Oleh itu untuk APRS asas seperti projek ini, ESP8266 adalah amat bersesuian untuk kaedah melalui internet, kerana ia mempunyai kemampuan untuk sambungan ke internet melalui wifi dan ia juga adalah MCU.
Komponan-komponan yang diperlukan.
Berikut adalah komponan-komponan yang diperlukan untuk projek ini dan anggaran harga bagi belian secara online:-
Cara sambung:
PERINGATAN MESRA:
Sebelum meneruskan projek ini, sila ambil perhatian. Bahawa, projek ini adalah projek Radio Amator. Oleh itu, anda wajib mempunyai lesen Radio Amator sah yang dikeluarkan oleh SKMM atau pihak berkuasa yang mengendalikan perlesenan Radio Amator di tempat anda. Adalah menjadi kesalahan, menjalankan sebarang aktiviti atau ujikaji Radio Amator tanpa lesen atau permit yang sah atau kebenaran daripada pihak berkuasa atau SKMM.
Koding.
Koding atau sketch untuk projek ini saya bagi secara percuma. Tapi kalau nak support projek saya ini, buleh je scan QR Malaysian Duit Now atau klik di:
Untuk download koding tersebut sila ke:
https://github.com/mzakiab/ESP8266-APRS-9W2KEY
Penguna LINUX boleh terus clone je:-cd
git clone https://github.com/mzakiab/ESP8266-APRS-9W2KEY.git
cd /ESP8266-APRS-9W2KEY
File koding ada dalam folder ESP8266-APRS-9W2KEY. File tu namanya ESP8266_APRS_9W2KEY.ino
Atau pun download zip file di
https://github.com/mzakiab/ESP8266-APRS-9W2KEY/archive/refs/heads/main.zip
Pilihlah mana-mana yang anda selesa dan suka.
UPLOAD Koding / Sketch ke ESP8266
1. Arduino IDE.
Arduino IDE ini adalah software untuk anda buka, edit dan upload file koding arduino ke Board MCU. Buka file ESP8266_APRS_9W2KEY.ino dan edit di :-
- Baris 12: Masukkan SSID Wifi yang anda nak guna untuk ESP8266 ini. Kalau nak guna dalam kenderaan, masukkan hotspot smart phone anda.
- Baris 13: Masukkan password Wifi itu
- Baris 16: Masukkan Callsign Radio Amator anda. Contoh 9W2QQQ-12
- Baris 17: Masukkan passcode APRS-IS anda. Mana nak dapat passcode ini? Cek passcode anda di blog saya ni pun boleh. Scrool atas sekali, tengok sebelah kanan.
- Baris 18: Dalam projek ini, saya guna server asia. Bagi saya server ini lebih konsistent dan stabil. Jika anda berminat untuk mencuba server lain, anda boleh menukarkan nama server di baris ini. Senarai nama server lain, ada saya sediakan di baris 21 hingga baris 27.
Selepas sunting perkara-perkara tersebut, bolehlah upload sketch ini ke ESP8266.
2. Arduino Cloud (Web Base)
Caranya lebih kurang sama dengan Arduino IDE, cuma yang ini hanya menggunakan browser dan software Arduino Cloud Agent. Mula-mula pegi ke:
https://cloud.arduino.cc/
Kemudian klik di butang GET STARTED FOR FREE dan daftarlah sebagai pengguna. Untuk memudahkan, login dengan menggunakan akaun Google anda.
Kemudian tekan LET'S GET STARTED ikut arahan di halaman tersebut. Jangan lupa run kan software Arduino Cloud Agent, bila semua dah selesai. Buka file ESP8266_APRS_9W2KEY.ino melalui browser itu, dan edit seperti tadi. Kemudian upload ke board.
Keterangan LED.
- LED Kuning: Bila berkelip, ini menunjukkan dia sedang scan dan mencari sambungan Wifi. Bila bersambung dengan Wifi, dia akan padam.
- LED Hijau: Terus menyala, ini menunjukkan dia sudah bersambung dengan Wifi. Bila berkelip, sambungan wifi atau sambungan dengan server APRS terputus. ESP8266 akan mencuba dan terus mencuba untuk membuat sambungan semula.
- LED Merah: Berkelip sekali bersama dengan bunyi buzzer, menunjukkan dia sedang TX / hantar beacon ke ARPS Server.
Memandangkan dia adalah smart beacon, tempoh kekerapan TX beacon adalah pada setiap kali membelok dan pada setiap 8 saat semasa bergerak. Sekali TX setiap 30 minit, jika tidak bergerak.
Tiba masa untuk mencuba, hidupkan ESP8266 dengan menggunakan kuasa dari USB. Pasangkan hotspot di smartphone anda. Pastikan LED Hijau menyala dan GPS telah mendapat signal dari satellite. Kemudian bergerak, tumpukan perhatian kepada pemanduan. Pastikan ada bunyi dari buzzer sebagai indikator beacon APRS telah di TX.
Monitor pergerakkannya di:
www.aprs.fi/<callsign anda>
Keterangan:
Selamat mencuba, de 9W2KEY 73.
Nota kaki: Ini adalah nota dan rujukkan untuk kegunaan saya sendiri sahaja. Saya tidak mengambil sebarang tanggung jawap keatas sebarang kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan yang berlaku pada diri anda atau orang di sekeliling anda atau hartabenda anda, sekiranya mengambil article ini sebagai panduan atau rujukkan anda.








No comments:
Post a Comment