Berikut adalah image daripada NOAA 19 yang melalui ruang angkasa Malaysia sebentar tadi (3.35pm 22 Januari, 2011). Satelik ini telah menghantar image keadaan awan pada ketinggian 860km. Ia menghantar image ini dengan menggunakan mode APT (Analog Picture Transfer) di freq 137.100MHz.
Berikut adalah siri NOAA Satelik yang boleh digunakan untuk menerima image secara percuma daripada mereka:
1. NOAA 15 - 137.620MHz
2. NOAA 17 - 137.500MHz
3. NOAA 18 - 137.9125MHz
4. NOAA 19 - 137.100MHz
Sila pastikan JANGAN menggunakan blok freq 137 - 138MHz, kerana blok ini adalah untuk satelik cuaca.
Kepada yang berminat untuk mencubanya, sila dapatkan:
1. Software WXtoIMG atau APT Decoder yang lain secara percuma
2. Peralatan radio dan antenna
3. Cable untuk audio daripada radio output kepada microphone input komputer
4. Dapatkan log lat lokasi
5. Sila updated kepleria element
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila postkan pertanyaan anda disini. SMS dan panggilan di talian talipon adalah TIDAK dilayan. hehehe...
2 comments:
saya guna antenna V two four (V24) Silver Thunder aje. Tapi kalau untuk mendapatkan mutu gambar yang lebih baik maka harus menggunakan antenna yang sesuai untuknya. Antenna tersebut seperti QHA Antenna dan Double Cross Antenna
Post a Comment