My log book summary

Saturday 27 February 2010

Buat PTT sendiri iCom Handy

Taukah anda bahawa microphone PTT untuk iCom Handy boleh kita buat sendiri? Dibase station, saya menggunakan V8 sebagai base station RIG. Jadi untuk keselesaan saya terpaksa menggunakan External PTT bagi QSO yang lebih selesa.

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi maklumat dan pengalaman saya membuat sendiri PTT untuk V8. Semua jenis iCom Handy adalah sama, ini tidak termasuk iCom Handy tiruan dari Thailand seperti V9000, V999 dan lain.

Bahan-bahan yang diperlukan:-

1. Jack audio (2.5mm)
2. Cable talipon lama
3. Microphone
4. Mouse Rosak
5. Push type Suiz



Sambungkan cable talipon lama ke pada jack audio. Sila solder untuk mendapatkan sambungan yang sempurna.



Hujung cable 1 lagi, bagi ground sambung terus kepada ground Mic. Satu lagi sambung kepada push type suiz. Hujung 1 lagi sambung kepada microphone.




Dapat TX dengan senang dan mudah

Mouse rosak tu, hanya digunakan utk casing Microphone dan Suis sahaja. Jika anda mempunyai idea yang lain untuk mencanggihkan lagi PTT silakan. Saya rasa, letak dlm pen pun boleh.

Berikut ini adalah litarnya:



Selamat mencuba... de 9W2KEY / 73





Thursday 4 February 2010

Pembedahan Mata


Alhamdulilah, aku telah pun selamat sampai ke Kota Bharu.

Pembedahan kelopak mata aku telah dipindah tarikhnya seperti berikut:

Tarikh jumpa doktor: 6 April, 2010
Tarikh Pembedahan: 29 April, 2010
Tempat: Hospital Serdang, Selangor.

Sebab kenapa tarikh ini dipindah adalah kerana selepas diperiksa oleh Doktor Pakar iaitu Dr. Radzlian didapati luka dimata kanan ku masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Menurut beliau luka ini mengambil masa selama 3 bulan dari tarikh kemalangan untuk sembuh sepenuhnya.

Menurut beliau lagi, pembedahan ini boleh dilakukan pada 3hb Feb, 2010 lepas jika mahu. Tetapi resiko untuk menjadi sedia kala adalah tipis dan akan mengalami trouma kesakitan yang amat sangat. Ini kerana luka lama belum sembuh dan dengan 100% tetapi telah ditambah dengan luka yang baru, dan juga untuk mendapatkan keputusan yang baik adalah 50% jika dibuat sekarang. Oleh yang demikian, aku mengambil keputusan untuk menurut segala saranan daripada beliau bagi mengelak sebarang kemungkinan yang telah disebutkannya tadi.

Dengan ini aku dengan rasa rendah diri, ingin menucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan moral, doa dan ucapan-ucapan yang memberi semangat kepada aku.

Semasa berada di hospital tersebut, aku mengalami sedikit masaalah silap faham antara misi-misi dan aku. Misi yang menerima surat rujukkan dari Hospital Sultan Zainab II Kota Bharu telah tersilap salurkan aku kepada aliran pesakit biasa.

Oleh yang demikian aku terpaksa menunggu berjam-jam, apabila sampai ke bilik rawatan, doktor yang menerima aku hairan kenapa aku yang berada di Kelantan ingin mendapatkan rawatan di Serdang.

Aku telah diarahkan untuk menunggu lagi bagi tujuan pendaftaran, yang mana tempoh untuk menunggu itu adalah seramai 300 orang lebih. Alhamdulilah setelah aku menjelaskan dan membuat aduan tentang perkara ini, dengan budi baik kakitangan pendaftaran, urusan aku dipercepatkan dan dipermudahkah oleh kakitangan bahagian pendaftaran dan Klinik Oftalmologi.

Terima kasih Hospital Serdang. de 9W2KEY / 73

Note: Sebarang comments sila post di FaceBook. Terima kasih