Dikesempatan ini saya ingin berkongsi maklumat dan pengalaman saya membuat sendiri PTT untuk V8. Semua jenis iCom Handy adalah sama, ini tidak termasuk iCom Handy tiruan dari Thailand seperti V9000, V999 dan lain.
Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Jack audio (2.5mm)
2. Cable talipon lama
3. Microphone
4. Mouse Rosak
5. Push type Suiz
Sambungkan cable talipon lama ke pada jack audio. Sila solder untuk mendapatkan sambungan yang sempurna.
Hujung cable 1 lagi, bagi ground sambung terus kepada ground Mic. Satu lagi sambung kepada push type suiz. Hujung 1 lagi sambung kepada microphone.
Dapat TX dengan senang dan mudah
Mouse rosak tu, hanya digunakan utk casing Microphone dan Suis sahaja. Jika anda mempunyai idea yang lain untuk mencanggihkan lagi PTT silakan. Saya rasa, letak dlm pen pun boleh.
Berikut ini adalah litarnya:
Selamat mencuba... de 9W2KEY / 73
Tweet
No comments:
Post a Comment