My log book summary

Wednesday, 15 October 2025

RaspberryPi Zero2W as APRS iGate

Projek iGate saya yang guna Raspberry Pi 3 B+ telah ditamatkan, ini ekoran berlaku kerosakkan pada SBC tersebut. Terdapat error "USB Over Current", telah beberapa kali mencuba untuk mengatasinya seperti mana terdapat dalam website yang Google dan AI review. Semuanya tidak berhasil.

Saya juga telah cuba dengan cara format SD Card dan install semula OS, hasilnya makin parah. Rupa-rupanya, USB sudah tidak berfungsi. Bila cucuk keyboard dan mouse, kedua-dua device tersebut tidak dapat dikesan oleh SBC. Proses untuk boot, berjalan dengan baik. Tetapi saya tidak dapat meneruskan proses installation OS kerana tidak dapat gerakkan mouse pointer sama ada melalui mouse atau keyboard.

Oleh yang demikian, saya terpaksa menggunakan Rpi02W untuk meneruskan operasi APRS iGate ini. Dengan kemampuannya yang terbatas, saya terpaksa menggunakan OS yang seminimum mungkin. Oleh itu, saya memilih untuk menggunakan Debian 12 (bookworm) CLI Mode.

 


Proses installation Direwolf adalah sama seperti Raspberry Pi 3 B+ (GUI Mode) yang berbeza adalah Rpi02W menggunakan CLI Mode, oleh itu sedikit ubahsuai harus dilakukan untuk memastikan iGate ini berfungsi dengan baik. Kalau ikut 100% step yang diberikan dalam installation document, tak mau pulak dia nak running iGate tu di back ground. 

Langkah-langkah yang saya buat adalah:-

1. Download file dw-start-test.sh di website berikut:

https://groups.io/g/direwolf/message/8002

2. Create file baru:-

cd
sudo nano start-dw.sh

3. Copy semua isi perut dalam file dw-start-test.sh (yang download tadi) dan paste di file yang baru di create tadi.

4. Kemudian save dan Exit: CTRL - X dan y 

5. Beri access kepada file tu:

sudo chmod 755 start-dw.sh

6. Buka crontab -e dan tambah:


* * * * * /home/zaki/start-dw.sh >/dev/null 2>&1

Ini adalah bertujuaan untuk auto start bagi file "start-dw.sh" ketika reboot nanti, dan dia juga akan start dengan sendiri setiap 1 minit jika dia tertutup dengan sendiri atau apa-apa sebab sekali pun.

7. Reboot system

sudo reboot

Jika semua berjalan dengan baik, ini bermakna proses-proses tersebut sudah selesai. iGate APRS akan bekerja di belakang tabir system, dia tidak nampak di main screen, dia tidak sama seperti di OS GUI, yang mana akan memaparkan 1 window untuk menunjukkan proses-proses iGate.



SCREEN

Dalam mode CLI kita boleh melihat dan memantau aktiviti-aktiviti iGate sama seperti GUI mode. Apa yang kita perlu adalah fungsi SCREEN. Untuk menggunakan fungsi ini, kita kena install screen dulu dalam system:-

sudo apt install screen -y

Kemudian bagi command untuk melihat screen apa yang sedang aktif di system sekarang dengan menaip:-



screen -ls


System akan menyenaraikan screen yang tengah aktif sekarang. Dalam kes ini, system menyenaraikan 18127.direwolf sedang aktif. Nombor di depan itu adalah ID screen dan direwolf adalah nama app.

Untuk melihat screen tersebut, taip:-

screen -r 18127.direwolf


Paparan sekarang menunjuk di screen iGate yang sedang aktif. Screen ini sama je dengan GUI mode, cuma CLI ni hitam puteh mcm tu je laa. Kalau dalam GUI mode, text dia ada warna.

Untuk kembali kepada screen mula-mula tadi, tekan:

ctrl-a d


Selamat mencuba, de 9W2KEY 73!


Nota kaki: Ini adalah nota dan rujukkan untuk kegunaan saya sendiri sahaja. Saya tidak mengambil sebarang tanggung jawap keatas sebarang kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan yang berlaku pada diri anda atau orang di sekeliling anda atau hartabenda anda, sekiranya mengambil article ini sebagai panduan atau rujukkan anda.


Thursday, 12 September 2024

QRP - Manual Antenna Tuner

Kits Antenna Tuner secara manual ni, saya beli melalui shoppie, ingatkan dalam packej tu, ada disedikan manual installation book atau diagram. Tapi tak ada pun sediakan. Kena cari sendiri... alhamdulillah, jumpa dalam internet. Tak ingat dah kat mana jumpa, tapi tak pe laa, simpan sini untuk rujukkan saya. Thanks VK1ERF and VK1CBR 



Di muka surat 13 dan yang sewaktu dengan nya, kena tukar bilangan gelong (lilitan) pada toroid, yang mana pada cetakkan itu switch 1, 10 lilitan. Itu tak betul, menurut YC2YIZ (di saluran YouTube nya), di switch 1 tu, 1 lilitan sahaja. Kemudian di switch 12 adalah 10 lilitan. Maknanya, kita terbalikkan susunan nombor lilitan, seperti berikut:-



Selamat mencuba...

Nota kaki: Ini adalah nota dan rujukkan untuk kegunaan saya sendiri sahaja. Saya tidak mengambil sebarang tanggung jawap keatas sebarang kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan yang berlaku pada diri anda atau orang di sekeliling anda atau hartabenda anda, sekiranya mengambil article ini sebagai panduan atau rujukkan anda.

Download Manual Antenna Tuner

Friday, 6 September 2024

Upload sketch ke ATMega328P melalui UNO

Ada sesetengah chips ATMega328P, kita boleh upload sketch terus ke MCU melalui UART bridge je. Ada sesetengah chip pulak, tak boleh nak buat begitu. Cara pilihan lain kita boleh upload melalui Arduino UNO, yang mana Arduino UNO bertindak sebagai program dan chips ATMega pulak sebagai target. 

Caranya sama seperti article sebelum ini, iaitu upload sketch ke Arduino NANO yang menghadapi masaalah USB port dan masaalah lain-lain. Cuma yang berbeza sedikit, adalah cara sambungannya daripada UNO kepada pin-pin di chips itu.

UNO        ATMega328P
D10          Reset, P1
D11          Pin 17
D12          Pin 18
D13          Pin 19
GND        GND Pin 8 dan Pin 22
5V            VCC Pin 7 and AVCC Pin 20

Berikut adalah, cara-cara sambungan dari UNO ke chips ATMega328P


Cara upload, adalah sama seperti buat pada NANO.

Selamat mencuba.

Nota kaki: Ini adalah nota dan rujukkan untuk kegunaan saya sendiri sahaja. Saya tidak mengambil sebarang tanggung jawap keatas sebarang kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan yang berlaku pada diri anda atau orang di sekeliling anda atau hartabenda anda, sekiranya mengambil article ini sebagai panduan atau rujukkan anda.

Sunday, 26 November 2023

Upload sketch ke NANO melalui UNO

Kenapa susah-susah begitu??

Kan di NANO board tu sendiri sudah ada USB port yang boleh digunakan untuk upload sketch?

Okay begini, antara sebab kenapa kita kena buat cara ini adalah kerana:- 

Pertama, USB port di NANO itu rosak dan sudah tidak boleh RX/TX data antara board dan IDE. Dengan kata lain communication sudah tidak ada. Kebiasaannya ia berlaku pada board yang lama, USB port nya telah berkarat dan ada kalanya dah longgar. 

Kedua, kalau ada error seperti berikut:-

avrdude: stk500_recv(): programmer is not responding
avrdude: stk500_getsync() attempt 1 of 10: not in sync: resp=0x00
avrdude: stk500_recv(): programmer is not responding
avrdude: stk500_getsync() attempt 2 of 10: not in sync: resp=0x00
...

Pun boleh juga guna kaedah ini untuk upload sketch ke Arduino NANO.

Ketiga, saja nak suka-suka, experiment, belajar dan mencuba benda baru. Tak suka tak apa, tak payah buat tak pe, tak berdosa pun.


Langkah-langkahnya:-

1. Mula-mula upload sketch file ArduinoISP ke UNO, file tu ada dalam Menu > File > Examples > ArduinoISP


Upload sketch tersebut ke UNO macam biasa.


2. Cara sambungan

UNO > NANO (ICSP)

D13 > SCK

D12 > MISO

D11 > MOSI

D10 > RESET

5V  > VCC

GND > GND


image from docs.arduino.cc

3. Arduino IDE

Di sini kena lakukan beberapa setup. 

Pertama, pilih Boards Arduino NANO BUKAN UNO tau, dan Ports, dalam kes saya saya pilih port USB0.


Kedua, pilih Processor: "ATmega328P"

Ketiga, pilih Programmer: "Arduino as ISP" BUKAN "ArduinoISP"


Keempat, upload Sketch kepada NANO bukan macam biasa tau!!

Tetapi menggunakan Menu > Sketch > Upload Using Programmer


Semasa proses upload sedang berlangsung, kedua-dua board itu berkelip-kelip secara serentak dan cepat. Upload done!

Selesai.


Selamat mencuba!!


de 9W2KEY

73

Sunday, 6 June 2021

Reconstruction SlimJin Antenna

Hai gaissss... Lockdown PKP 3.0 ni, tak ada nak buat apa. Untuk mengisi masa, kali ini saya ambik semula antenna slimjin yang telah dibuat 10 tahun lepas.

Antenna ini asalnya adalah ilmu dan tunjuk ajar dari 9M2ART, lakaran dan ukuran asal antenna ini sudah hilang. Puas cari, tapi tak jumpa-jumpa juga.

Mudah je buatnya, bahan-bahan pun mudah dan murah ada disekitar rumah kita aje.

Bahan utama untuk membina antenna ini adalah wayar dan penyokong untuk wayar tu pulak adalah PVC.

Dulu pakai wayar warna kuning, disebabkan sudah lama, wayar itu saya tukar dengan wayar warna hijau pulak. Itu pun wayar lama jugak, tapi okay lagi sebab dia berada dalam bilik bawah katil dan disimpan dengan elok.



Point coax ini, saya letak pada jarak 9cm dari bawah. Saya sudah lupa, wayar dari coax ada 2 kan, yang sebelah dalam dan sebelah luar (berbulu). Sebelah dalam nak sambung mana, yang berbulu tu nak sambung sebelah mana? Lupa dah!!. Kali ini, saya main sambung je, dan soldering pada jarak 9cm. Harap-harap okay lah.

Menurut petua dan ilmu yang diajar oleh 9M2ART, bagi mendapat bacaan SWR yang baik, bolehlah ejas jarak point sambungan ini sama ada makin panjang atau makin pendek. Perubahan jarak itu, akan memberi kesan kepada bacaan SWR.

Dua hujung wayar element antenna ini tidak bersambung dan tidak bersentuhan. Jarak pemisah dia adalah lebih kurang 3cm.


Finally ... saya letak satu filter ferrite dan female connector. 

Menurut ramalan cuaca, QTH base saya akan hujan pada jam 5:00 PM, saya terus panjat bumbung rumah dan pasang antenna ini. 

Alhamdulillah, bacaan SWR cantik. Walaupun tidak secantik dulu, tapi okay lah untuk RX signal APRS dari Digipeater 9M4RAB-3 dan station sekitar OJ15dx InsyaAllah.

Siap pasang atas bumbung rumah pada jam 4:32pm


Alhamdulillah, Okaylah staro ni SWR untuk RX signal APRS bagi kegunaan iGate 9W2KEY-10.

Selamat mencuba antenna slimjin, and good luck. 

de 9W2KEY CUAGN 73's


#StayAtHome
#StaySafe
#HamRadio
#9W2KEY


Nota kaki: Saya tidak bertanggung jawap dan tidak akan membayar sebarang tuntutan ganti rugi jika berlaku sebarang kerosakan pada harta benda dan nyawa semasa menjalankan ujian ini. Semuanya adalah tanggungang sendiri dan resikonya adalah tanggung jawap anda.