My log book summary

Thursday 1 March 2012

Ujian Scrambler di 9M4RKN


Radio yang digunakan semasa ujian


Ujian ini dijalankan pada 29 Feb, 2012 pada jam 7.00pm.

Tujuannya adalah untuk mengetahui bagaimana scrambler yang ada di dalam radio ini berfungsi, mengenal corak bunyi audio yang di scrambler kan, mengetahui cara untuk menterjemahkan bunyi tersebut, serta mendedahkan kepada station-station yang monitor di 9M4RKN tentang scrambler agar tidak terpingga-pingga jika dimasa-masa depan bertemu atau berdepan dengan perkara seperti ini.

Banyak fungsi-fungsi yang ada di dalam radio yang tidak digunakan dan tidak tahu macam mana untuk menggunakannya. Ujian ini dijaya bersama oleh 9W2IMP dan 9W2JIT.


9W2IMP



9W2JIT


Ujian ini agak terganggu sedikit, disebabkan ada beberapa station yang tidak monitor dari awal sebelum ujian ini dijalankan. Sebelum ujian ini dijalankan, lebih 10 minit sebelum ujian ini dilakukan saya dan 9W2IMP telah memberi penerangan, penjelasan dan ingin menerima bantahan sekiranya ada.

Al-hamdulillah 9W2IMP telah memberi penjelasan untuk meng active kan scrambler ini dan dapat diterima oleh 9W2JIT dan beliau dapat turut serta didalam ujian ini.



Terima kasih kepada pemberi koment dan cadangan di Facebook. InsyaAllah dilain masa dan ketika, banyak lagi ujian-ujian yang akan saya dan ARKB Experiment Team akan jalankan. Tujuan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meluaskan lagi pengunaan radio amator.

de 9W2KEY, 73