Salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Pada kali ini saya akan bercerita berkenaan dengan iGate yang ringkas yang tidak TX signal dan cara-cara untuk setup iGate mengunakan komputer. Berikut adalah senarai software dan peralatan yang diperlukan untuk iGate.
1. UI-View
2. AGWPE
3. Audio Cable
4. Radio
5. Komputer / Netbook / Laptop
6. Internet
iGate ini tidak memerlukan interface dan tidak memerlukan audio out put dari komputer kepada Radio.
Langkah-langkah
Langkah pertama:
Download UI-View di www.ui-view.org dan install. Sila ikuti arahan yang diberikan. Sila download UI-VIEW32.
Langkah kedua:
Daftarkan UI-VIEW tersebut di http://www.apritch.myby.co.uk/uiv32.htm klik di bendera Britis. Sila masukkan nama dan callsign, dan klik Register UI-View32. Pendaftaran ini mengambil masa 24 jam untuk diluluskan. Sila datang semua ke website ini untuk mendapatkan nombor pendaftarannya. Peringatan: TIADA EMAIL atau peringatan tentang pendaftaran ini, oleh yang demikian dinasihatkan agar Book Mark (Ctrl - D) page ini dan mengingati nama dan callsign yang telah didaftarkan. Masukkan kembali nama dan callsign seperti yang telah dimasukkan pada mulanya, kemudian tekan butang Previously Registered.
Sila simpan UI-View Registration Code dan APRS Server Validation Number kerana ia diperlukan semasa mula menjalankan UI-VIEW32.


How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!
TNC Type sila pilih Sound Card, sila pastikan On Air Baud Rate ialah 1200 dan klik OK
Kemudian klik di tab TNC Commands dan pada Program adjusts Parameters Select the On Air baud Rate ialah 1200 dan klik OK
Apabila semua selesai dibahagian properties tekan OK.
Right klik sekali lagi di icon AGWPE dan pilik TCPIP Over Radio Setup. Sila pilih Thank's NO TCPIP dan klik OK
Akhir sekali restart AGWPE. Pastikan terdapat 2 icon, AGWPE dan Modem. AGWPE bersedia untuk digunakan.

Tidak perlu interface, ini kerana iGate ini tidak perlu untuk TX signalnya RF. Ia hanya menerima signal RF sahaja.
Langkah kelima:
Seterusnya, UI-VIEW hendaklah di setup bagi ia berfungsi sebagai iGate. Selepas install, sebagai permulaan UI-VIEW akan meminta agar dimasukkan Nama, callsign dan nombor pendaftaran. Sila masukkan nombor pendaftaran di dalam ruangan yang disediakan dengan betul seperti di website pendaftaran tadi, dan tekan butan OK.
Perlu diingat, sebelum menjalankan UI-VIEW, sila pastikan AGWPE telah ON.
Mula-mula sekali klik di Setup Menu dan pilik Comms Setup. Di Host Mode, pilih AGWPE. Tanda right di Use binary filter, kemudian tekan OK.
Selepas itu tekan Setup > Station Setup. Masukkan callsign, Lat dan lon. Locator akan diisi sendiri oleh system. Unproto port dan unproto address tidak perlu diubah. Beacon Comment boleh diisi mengikut kesesuian dan kemahuan pengguna.
Seterusnya untuk setup server. Setup > APRS Server Setup. Untuk mendapatkan senarai server, boleh dapatkannya dengan Encik Google atau pun dengan Encik Yahoo. Penulis lebih mengemari mengguna server Saitama di Jepun, saitama.aprs2.net:14580 nombor di belakang server itu ialah nombor port. Untuk memamasukan nama server kedalam senarai server sila tekan butang Insert di keybord dan taipkan nama server termasuk nombor port dan tekan Enter.
Restart UI-VIEW, dan sila pastikan windows AGWPE port information muncul di screen UI-VIEW. Windows ini akan tertutup secara automatic dalam masa 10 saat.
Selepas UI-VIEW beroperasi semula, klik Action > Connect To APRS Server. Dan YES.
Sila pastikan terdapat tanda hijau seperti image berikut, tanda hijau itu bermaksud UI-VIEW telah pun bersambung dengan APRS Server.
Langkah keenam:
Apabila semua sudah bersedia, iGate anda sudah bersedia untuk berkhidmat. Terdapat 2 frequansi untuk iGate ini bertugas. 144.390MHz ialah frequasi untuk APRS tempatan dan 145.825MHz untuk APRS daripada ISS. Sila pastikan frequasi yang betul untuk meng iGate kan nya.

Untuk mendapat peta bagi kegunaan UI-VIEW ini, sila dapatkannya di http://www.9w2key.arkb.org.my dan download daripada situ.
Sekiranya terdapat sebarang pertanya sila beri komen anda dipage ini untuk saya menjawapnya.
Selamat mencuba dan selamat berjaya.
© 9W2KEY / 73's