My log book summary

Saturday 8 May 2010

Bengkel RAE 2010 / 02

ARKB dengan kerja sama daripada PBSM Cawangan Kota Bharu akan menganjurkan Bengkel Persediaan untuk menghadapi RAE 2010/02 seperti berikut:-

Hari: Setiap hari Jumaat dan Sabtu
Jam: 9.00 Malam – 11.00 Malam
Tarikh Mula: 14 Mei, 2010
Bayaran yang dikenakan: RM50.00 / seorang
Ketua Kelas: Abe Mie (Tel: 013-927 8244)

Kepada mereka yang berminat untuk turut serta dalam kelas ini sila datang pada masa dan tarikh yang telah dimaklumkan seperti diatas.

Sekian harap maklum. de 9W2KEY

Wednesday 5 May 2010

Perjumpaan RAE 2010/02

Perhatian, kepada semua calon dari Pantai Timur yang berminat untuk menyertai Kelas Persediaan RAE 2010/02 anjuran ARKB dan PBSM Cawangan Kota Bharu, dijemput untuk hadir ke sesi Perjumpaan RAE 2010/02 seperti berikut:

Tempat: PBSM Cawangan Kota Bharu (Berhadapan Hotel Perdana)
Tarikh: 7hb Mei, 2010
Jam: 9.00 Malam

Perjumpaan ini adalah penting, untuk membincangan beberapa perkara yang berkaitan tentang kelas tersebut. Antaranya adalah:-

1. Bila kelas bermula?
2. Berapa kali seminggu?
3. Dari jam berapa hingga ke jam berapa?
4. Berapa bayaran yang dikenakan?
5. Perlantikkan Ketua Kelas
6. Sesi perkenalan
7. Sesi Pendaftaran Pelajar
8. Tarikh tutup pendaftaran pelajar dan lain-lain perkara yang berbangkit.

Kepada yang berminat sila hadir dan kepada yang mengetahui ada rakan-rakan baru yang ingin menduduki peperiksaan ini bolehlah menyampaikan dan memanjang-manjangkan pengumuman ini kepada merek. Maklumat lanjut tentang perjalanan kelas ini sila pantau dan monitor di 9M4RDA 147.650 -600 Tone 203.5Hz dan website ini. Harap maaf, saya tidak galakkan anda menghubungi saya melalui talian handphone, ini kerana kadang-kadang saya agak sibuk dengan kerja harian saya. Saya galakkan anda menghubungi saya melalui email saya iaitu 9w2key@amsat.org atau pun di Facebook. Email untuk Facebook saya adalah abe_key@yahoo.com

Sekian terima kasih dan harap maklum. de 9W2KEY 73