Thursday, 29 July 2010

Keputusan RAE 2010/02

Keputusan RAE 2010/03 telah pun dikeluarkan oleh SKMM. Sila layaran Website SKMM. Untuk menyemak keputusan secara online.

Tahniah kepada semua yang berjaya. Kepada yang gagal jangan berputus asa untuk mencuba dilain masa.

Monday, 19 July 2010

Tayangan Perdana Konvoi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, pihak ARKB akan mengadakan Majlis Tayang Perdana Konvoi RAE 2010 / 02 yang telah diadakan pada 30 June, 2010. Berikut adalah maklumat berkenaan majlis tersebut:

Tarikh: 25 July, 2010
Tempat: PBSM Cawangan Kota Bharu
Masa: 9.00 Malam

Kepada semua pelajar-pelajar yang terlibat, kehadiran anda adalah WAJIB. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya ditalian 019-3766716 atau pun email 9w2key[at]amsat.org

Penyerahan DVD Konvoi dan majlis makan-makan akan diadakan semasa majlis itu.

Tuesday, 15 June 2010

Becon From 9M4CKB-3








Akhirnya 9M4CKB-3 berjaya dikesan oleh iGate 9W2KEY pada jam 17.31pm








Ini adalah becon yang telah di decode dengan menggunakan UISS. Becon ini dari pada 9M4CKB-3 melalui frequansi 144.390MHz

Digipeater di Kota Bharu 144.390MHz

Buat julung-julung kalinya, ARKB telah memasang digipeater ARPS di Kota Bharu dengan menggunakan frequansi 144.390MHz dan menggunakan callsign 9M4CKB-3. Pada hari ini tanggal 14hb Jun, 2010 digipeater ini telah dinaikkan dan dipasang bersama repeater 9M4RDA. Alhamdulillah, sepanjang pemantauan, 9M4RDA dan digipeater ini tidak ada QRM.


Kelengkapan dan alat-alat untuk digipeater. Power supply, antenna Slim jim, cable RG58, APRS Kits dan handy.


Ini adalah kits APRS


Inilah handy yang digunakan untuk TX / RX data APRS


Ready to use at 144.390MHz


Ready to use at 144.390MHz

Friday, 11 June 2010

Semakan Pemohonan RAE2010-2



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukacita memaklumkan bahawa calon-calon peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2) yang akan berlangsung di seluruh negara pada 2:00 Petang, 30 Jun 2010, kini boleh menyemak status permohonan mereka secara atas talian (on-line).

Untuk melakukan penyemakan sila kunjungi:

Semakan Pemohonan Menduduki Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2010 (RAE2010-2)

Selamat Maju Jaya….

de 9W2KEY