<
Malaysia Ham Radio (ISS Achievement Award Holder) #185
Please use Google Translate if you don't understand my language.
MYANET APRS BOT
Kali ini saya ingin menjemput anda semua untuk menyertai net ini. Net ini saya bangunkan bagi tujuan experiment Ham Radio dan explorer APRS. Dengan menyertai net ini, bermakna anda akan berada dalam 1 kumpulan dan boleh berhubung dengan ahli-ahli lain melalui APRS Message.
Cara-cara untuk ikut serta dalam net ini
Langkah 1:
Hantar mesej CQ MASUK ke MYANET
Bot akan membalas mesej anda dengan:
PENYERTAAN BERJAYA. Selamat datang ke / Welcome to MYANET!
Claim your e-Cert here http://tinyurl.com/MYANET2 | Your code: xxxx
Sebagai tanda penghargaan kepada semua yang menyertai net ini, MYANET akan menganugerahkan Sijil Penyertaan kepada semua peserta. Sila ke http://tinyurl.com/MYANET2 untuk menuntut sijil berkenaan. Sila masukkan kod yang telah diberikan oleh MYANET semasa login, dan sijil akan dihantar kepada peserta melalui email.
Langkah 2:
Bermula dari situ, anda boleh mula menghantar mesej dan mesej anda akan terus sampai kepada ahli yang sedang berada dalam net.
Berikut adalah arahan-arahan yang terdapat dalam sistem bot ini, insyaAllah akan ditambah dan dikemaskini dari masa ke semasa.
| Bil. | Arahan | Fungsi |
| 1 | CQ MASUK | Untuk join net |
| 2 | INFO | Senarai arahan / command |
| 3 | LIST | Senarai semas ahli yang ada dalam net |
| 4 | STATUS | Jumlah semasa ahli yang aktif |
| 5 | UPTIME | Uptime server |
| 6 | MYQTH | QTH anda yang dikesan oleh MYANET |
| 7 | KELUAR | Keluar dari net / Quit |
Bot ini menyokong dan boleh diguna pakai dengan semua platform APRS yang ada di muka bumi ini.
Why MYANET?
MY stand for Malaysia
A stand for APRS
NET is net.
Full name Malaysia APRS Net
| Host | Raspberry pi 3B+ |
| OS | Linux 12 (bookworm) aarch64 CLI mode |
| Programming Language | Python |
Kali ini saya cuba membina koding / sketch Arduino dengan bantuan AI, dan berpandukan ilmu asas yang diperolehi semasa mengikuti kelas Asas Arduino anjuran Fakulti Rekebentuk Inovasi & Teknologi UniSZA, yang dikendalikan oleh Dr. Fathurrahman Lananan (9M2FLP) yang berlangsung pada 25hb Oktober 2025 di UniSZA, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Kenapa ESP8266?
Sistem komunikasi APRS ada 2 kaedah, pertama melalui RF. Sama ada menggunakan radio biasa atau SDR, sama ada untuk TX / RX atau RX sahaja. Kaedah kedua adalah melalui internet. Kaedah ini menggunakan internet sepenuhnya sama ada untuk TX / RX atau RX sahaja.
Oleh itu untuk APRS asas seperti projek ini, ESP8266 adalah amat bersesuian untuk kaedah melalui internet, kerana ia mempunyai kemampuan untuk sambungan ke internet melalui wifi dan ia juga adalah MCU.
Komponan-komponan yang diperlukan.
Berikut adalah komponan-komponan yang diperlukan untuk projek ini dan anggaran harga bagi belian secara online:-
No. | Item | Quality | Harga |
1. | ESP8266 | 1 unit | RM9.00 |
2. | GPS Module | 1 unit | RM17.00 |
3. | Buzzer | 1 unit | RM1.00 |
4. | Kapasitor Electronik 0.1uf 50v | 1 unit | RM0.50 |
5. | Perintang 220 ohm | 1 unit | RM0.20 |
6. | LED Hijau | 1 unit | RM0.50 |
7. | LED Kuning | 1 unit | RM0.50 |
8. | LED Merah | 1 unit | RM0.50 |
9. | Bread Board | 1 unit | RM0.50 |
10 | Jumper Wayer (male to male) | 1 keping | RM2.00 |
Anggaran sahaja, tidak termasuk belanja pos | Jumlah | RM31.70 |
Cara sambung:
ESP8266 | GPS |
D5 | TX |
D6 | RX |
3.3V | VCC - kapasotor (+) |
GND | GND - kapasitor (-) |
Buzzer | |
D3 | + |
GND | - |
LED | |
D8 | Anode (+) Kuning |
D7 | Anode (+) Hijau |
D4 | Anode (+) Merah |
GND 220 ohm | Cathode (-) |
PERINGATAN MESRA:
Sebelum meneruskan projek ini, sila ambil perhatian. Bahawa, projek ini adalah projek Radio Amator. Oleh itu, anda wajib mempunyai lesen Radio Amator sah yang dikeluarkan oleh SKMM atau pihak berkuasa yang mengendalikan perlesenan Radio Amator di tempat anda. Adalah menjadi kesalahan, menjalankan sebarang aktiviti atau ujikaji Radio Amator tanpa lesen atau permit yang sah atau kebenaran daripada pihak berkuasa atau SKMM.
Koding.
Koding atau sketch untuk projek ini saya bagi secara percuma. Tapi kalau nak support projek saya ini, buleh je scan QR Malaysian Duit Now atau klik di:
Untuk download koding tersebut sila ke:
https://github.com/mzakiab/ESP8266-APRS-9W2KEY
Penguna LINUX boleh terus clone je:-cd
git clone https://github.com/mzakiab/ESP8266-APRS-9W2KEY.git
cd /ESP8266-APRS-9W2KEY
File koding ada dalam folder ESP8266-APRS-9W2KEY. File tu namanya ESP8266_APRS_9W2KEY.ino
Atau pun download zip file di
https://github.com/mzakiab/ESP8266-APRS-9W2KEY/archive/refs/heads/main.zip
Pilihlah mana-mana yang anda selesa dan suka.
UPLOAD Koding / Sketch ke ESP8266
1. Arduino IDE.
Arduino IDE ini adalah software untuk anda buka, edit dan upload file koding arduino ke Board MCU. Buka file ESP8266_APRS_9W2KEY.ino dan edit di :-
Selepas sunting perkara-perkara tersebut, bolehlah upload sketch ini ke ESP8266.
2. Arduino Cloud (Web Base)
Caranya lebih kurang sama dengan Arduino IDE, cuma yang ini hanya menggunakan browser dan software Arduino Cloud Agent. Mula-mula pegi ke:
https://cloud.arduino.cc/
Kemudian klik di butang GET STARTED FOR FREE dan daftarlah sebagai pengguna. Untuk memudahkan, login dengan menggunakan akaun Google anda.
Kemudian tekan LET'S GET STARTED ikut arahan di halaman tersebut. Jangan lupa run kan software Arduino Cloud Agent, bila semua dah selesai. Buka file ESP8266_APRS_9W2KEY.ino melalui browser itu, dan edit seperti tadi. Kemudian upload ke board.
Keterangan LED.
Memandangkan dia adalah smart beacon, tempoh kekerapan TX beacon adalah pada setiap kali membelok dan pada setiap 8 saat semasa bergerak. Sekali TX setiap 30 minit, jika tidak bergerak.
Tiba masa untuk mencuba, hidupkan ESP8266 dengan menggunakan kuasa dari USB. Pasangkan hotspot di smartphone anda. Pastikan LED Hijau menyala dan GPS telah mendapat signal dari satellite. Kemudian bergerak, tumpukan perhatian kepada pemanduan. Pastikan ada bunyi dari buzzer sebagai indikator beacon APRS telah di TX.
Monitor pergerakkannya di:
www.aprs.fi/<callsign anda>
Antenna GPS vs Antenna Wifi
Sila pastikan Antenna GPS dan Antenna WiFi di board ESP8266 berjauhan. Tidak boleh dekat-dekat, nanti dia orang kelahi dan boleh mengganggu isyarat dari satellite GPS. Biasanya ini terjadi kerana faktor Radiated Frequency Interference (RFI), GPS guna frequansi 1.575 GHz dan WiFi pulak guna frequansi 2.4 GHz. Maka akan adalah perkelahian (interference) berebut sempadan diantara mereka.
Info GPS Antenna
Signal dari GPS sangat lemah, sebab dia mari dari jauh lagi tu. Jarak perjalanan dia adalah dalam lingkungan 20 hingga 30 ribu km. Ini kerana ketinggian satellite GPS dari bumi adalah disekitar itu. Bila dah jauh macam tu, dia mesti laa penat, dia mesti laa letih dan dia sangat lemah. GPS module yang kita guna untuk projek arduino ni, antenna dia kecik beleh je. Kita tak pakai parabola antenna untuk projek ini. Tidak macam TV berbayar tu, guna parabola sebab nak tangkap signal dari satellite yang lemah itu.
Cara penyelesaian:
Jauhkan mereka, pisahkan mereka, jangan bagi duduk depek-depek (Cara paling mudah dan berkesan).
Kaedah 1: Guna bread board panjang, susun seperti image berikut:
Keterangan:
APRS | Automatik Position Report System |
RF | Radio Frequansi |
SDR | Software Define Radio |
TX | Transmit / Transmission |
RX | Receive / Receiver |
MCU | Micro Controller Unit |
SKMM | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia |
Selamat mencuba, de 9W2KEY 73.
Nota kaki: Ini adalah nota dan rujukkan untuk kegunaan saya sendiri sahaja. Saya tidak mengambil sebarang tanggung jawap keatas sebarang kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan yang berlaku pada diri anda atau orang di sekeliling anda atau hartabenda anda, sekiranya mengambil article ini sebagai panduan atau rujukkan anda.
Projek iGate saya yang guna Raspberry Pi 3 B+ telah ditamatkan, ini ekoran berlaku kerosakkan pada SBC tersebut. Terdapat error "USB Over Current", telah beberapa kali mencuba untuk mengatasinya seperti mana terdapat dalam website yang Google dan AI review. Semuanya tidak berhasil.
Saya juga telah cuba dengan cara format SD Card dan install semula OS, hasilnya makin parah. Rupa-rupanya, USB sudah tidak berfungsi. Bila cucuk keyboard dan mouse, kedua-dua device tersebut tidak dapat dikesan oleh SBC. Proses untuk boot, berjalan dengan baik. Tetapi saya tidak dapat meneruskan proses installation OS kerana tidak dapat gerakkan mouse pointer sama ada melalui mouse atau keyboard.
Oleh yang demikian, saya terpaksa menggunakan Rpi02W untuk meneruskan operasi APRS iGate ini. Dengan kemampuannya yang terbatas, saya terpaksa menggunakan OS yang seminimum mungkin. Oleh itu, saya memilih untuk menggunakan Debian 12 (bookworm) CLI Mode.
cd
sudo nano start-dw.shCTRL - X dan y sudo chmod 755 start-dw.shcrontab -e dan tambah:* * * * * /home/zaki/start-dw.sh >/dev/null 2>&1sudo reboot
SCREEN
Dalam mode CLI kita boleh melihat dan memantau aktiviti-aktiviti iGate sama seperti GUI mode. Apa yang kita perlu adalah fungsi SCREEN. Untuk menggunakan fungsi ini, kita kena install screen dulu dalam system:-
sudo apt install screen -yscreen -ls
System akan menyenaraikan screen yang tengah aktif sekarang. Dalam kes ini, system menyenaraikan 18127.direwolf sedang aktif. Nombor di depan itu adalah ID screen dan direwolf adalah nama app.
Untuk melihat screen tersebut, taip:-
screen -r 18127.direwolfctrl-a dKits Antenna Tuner secara manual ni, saya beli melalui shoppie, ingatkan dalam packej tu, ada disedikan manual installation book atau diagram. Tapi tak ada pun sediakan. Kena cari sendiri... alhamdulillah, jumpa dalam internet. Tak ingat dah kat mana jumpa, tapi tak pe laa, simpan sini untuk rujukkan saya. Thanks VK1ERF and VK1CBR
Di muka surat 13 dan yang sewaktu dengan nya, kena tukar bilangan gelong (lilitan) pada toroid, yang mana pada cetakkan itu switch 1, 10 lilitan. Itu tak betul, menurut YC2YIZ (di saluran YouTube nya), di switch 1 tu, 1 lilitan sahaja. Kemudian di switch 12 adalah 10 lilitan. Maknanya, kita terbalikkan susunan nombor lilitan, seperti berikut:-
Selamat mencuba...
Nota kaki: Ini adalah nota dan rujukkan untuk kegunaan saya sendiri sahaja. Saya tidak mengambil sebarang tanggung jawap keatas sebarang kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan yang berlaku pada diri anda atau orang di sekeliling anda atau hartabenda anda, sekiranya mengambil article ini sebagai panduan atau rujukkan anda.