Friday, 10 December 2010

Jom Tengok ISS 19 Disember, 2010



Tahukah anda ISS (International Space Station) yang berada pada ketinggian 365.7km dari bumi yang bergerak pada kelajuaan 27,000km/j boleh dilihat dengan mata kasar?

Percayalah, jawapannya adalah BOLEH!!


Ini kerana pada masa ISS melintas kawasan yang baru hendak bermula malam, ISS yang berada pada kedudukkan yang tinggi itu masih terkena cahaya matahari dan ISS akan membalikkan cahaya matahari atau pun memantul cahaya tersebut. Kejadiaan ini juga boleh disaksikan pada awal pagi sebelum bumi menerima sinaran cahaya matahari.

Oleh yang demikian, penduduk bumi akan dapat melihat pantulan cahaya itu dengan mata kasar. Jika mempunyai binakular / teropong maka akan dapat melihat bentuk ISS itu dengan lebih jelas lagi.

Plus500

Trade Forex With HotForex And get your Life Changed

Untuk membolehkan kita melihat ISS dng jelas, faktor cuaca dan awan juga memainkan peranan yang penting. Kita tidak akan dapat melihat ISS jika keadaan berawan, ini kerana awan berada di bawah ISS maka terlindunglah pandangan kita.

Berikut adalah maklumat tentang jadual perjalanan ISS pada 19hb December, 2010:

Tarikh: 19hb December, 2010
AOS jam: 19.40 (7.40 malam)
Starting Azimuth: 215 darjah
Maximum Elovation: 84 darjah pada kedudukan 182 darjah Azimuth
LOS:jam 7.50 malam pada Azimuth 36



Kepada HAM Radio, anda boleh mencuba untuk memanggil angkasawan di ISS dng menggunakan callsign NA1SS di freq 145.800MHz down link dan up link 144.490MHz (tanpa tone). Anda juga boleh standby di packet mode APRS 145.825Mhz.

Selamat menonton dan selamat mencuba.

© 9W2KEY / 73's

Plus500

No comments: