Saturday, 27 February 2010

Maxis Broadband oh Maxis Broadband


Hari ini, Kiki dari Maxis telah menghubungi aku lagi berhubung dengan aduan aku berkenaan dengan Maxis Prepaid Broadband.

Dia orang masih lagi menyalahkan aku menggunakan GPRS mode untuk access ke internet pada 1hb Feb. 2010. Sebab itulah aku telah di cas kan sebanyak RM7.00

Bila aku mengatakan bahawa aku menggunakan handphone yang tidak tak boleh menggunakan GPRS, dia cakap kalau macam itu, macam mana aku subcribe daily broadband. So aku cakap la, aku guna modem dan komputer untuk surfing internet. Jadi dia pun cakap, GPRS tadi cas atas penggunaan GPRS dengan komputer. Pulak dahhhh....

Ok.. Kalau menggunakan komputer utk access ke internet, mana boleh masuk internet? Sbb Maxis blok daripada access ke website lain, yang hanya boleh masuk / access adalah website Maxis Prepaid Broadband website sahaja. Tapi website itu adalah percuma dan freee, macam semalam, tempoh tamat broadband saya semalam adalah pada jam 12.33 am tetapi lepas masa tu saya masih lagi online dan cuba untuk access ke lain-lain website. Tetapi tak dapat access pun, yang dapat hanya website Maxis Prepaid Broadband sahaja.

Jadi saya pun explore laa website itu, nak pegi website facebook memang tak boleh dah. Lebih kurang 1 jam saya explore website itu dan mengunakkan lebih kurang 100MB download data. Ok bangun pagi ni, cek baki lagi. Tengok baki tak ada perubahan pun. Kalau nak kira mau berpuluh-puluh ringgit dah kena cas. Formula macam ni:

1kb (kilo byte) = 1 sen
1000kb = 1mb (Mega byte)
1mb = RM10.00
100mb = RM10,00.00

Tapi bila tengok baki, tak ada pun aku dikenakan cas untuk surf dan guna internet tanpa subscribe. Jadi persoalannya, kenapa dulu dicas? Sekarang ni tidak dicas? Pelik kan?

So.. aku malas dah nak sakit kepala, sebab aku dah dapat rasakan bahawa mereka tidak akan dapat memberi penjelasan secara details. Kes ini aku tutup dengan sendiri!!

Nasihat aku kepada rakan-rakan, agar berhati-hatilah dengan syarikat TELCO. Anggaplah kita ni ibarat mentimun. Selalulah cek baki kredit anda. Diharapkan pengalaman aku ini boleh dijadikan tauladan kepada anda semua. Terima kasih.

No comments: