Sunday, 14 February 2010

Kemana Hilangnya Kredit Broadband Hotlink



Aku kebinggungan, dan rasa tak puas hati masih lagi bermain di fikiran.

Al-kisahnya macam ni, pada 1 Feb, 2010. Aku telah membeli SIM kad Hotlink bagi tujuan untuk menggunakan Maxis broadband, ini kerana aku dah fedup dengan broadband yang berwarna biru tu. Dah la slow, banyak kerenah pulak tu. So gaduh2 dng dia org pun tak ada guna jugak, sbb dia org tak boleh selesaikan jugak masaalah itu.


So aku pun ambil keputusan utk bertukar kepada broadband yang lain, iaitu Hotlink Prepaid Broadband pulak. Tapi macam ni pulak jadinya.. haiyaa.. tahun harimau betul2 tidak ada ong.

Pada tarikh pembelian, aku dah top up sebanyak RM10 campur dng baki yang tersedia ada RM4 = RM14. Lepas tu buat panggilan pertama utk active kan line, dia cas 33 sen.

Lepas tu tolak RM8 bagi pembelian broadband harian selama 24 jam. Ah tak payah cerita laa macam tu, nanti dng aku aku sendiri pun dah berbelit. Ringksan cerita macam ni:

Kredit Masuk:
Top up 5 x RM10 = RM50
Kredit sedia ada = RM4
Bonus dari Hotlink = RM2.50
Jumlah RM56.50

Kredit Keluar:
Belian Broadband 24 jam RM8 x 5 = RM40
SMS out x 1 = RM0.07
Call out x 1 = RM0.33
Jumlah = RM40.40

RM56.50 - RM40.40 = RM16.10 (Baki yang sepatutnya aku ada)
RM9.10 (Baki yang aku ada sekarang)
RM7.00 - Hilang, tanpa dapat dikesan.





Kejadian ini telah dikesan pada 2 Feb 2010, apa lagi aku pun terus hubungi 1300820120 bagi mendapatkan penjelasan. Yer laa aku bukannya nak berkira sangat dng RM7 yang hilang tu, sebabnya sekali aku access ke internet aku dapat sekurang2nya USD42 (riaknyer aku) hehehe.. Tetapi daripada aku bagi kat dia org tanpa sebab, baik aku derma RM7 tu kat masjid2. Betul tak?


Bagus Teddy, baik kita derma duit tu kat Masjid

Ok sambung cerita, lepas siasatan dibuat oleh maxis. Dia orang cakap aku telah di charge kan kerana menggunakan internet. Hah!! Terkejut biawak la aku, kenapa dikenakan lagi charge? Sedangkan aku dah subscribe Daily Broadband dah, dan dah dikenakan charge RM8. Tapi kenapa kena charge pulak RM7? Tengok dalam Hotlink E-Statement, tak ada pun transaction utk charge RM7 tu.


Biawak terkejut sampai terjelir

Maka, nak pecah lah kepada dia org nak mencari kemana RM7 itu pergi. Aku sebenarnya, nak tahu la jugak kemana peginya RM7 tu. Aku sedia maklum, sim kad yang baru dibelikan itu, adalah recycle number. Mana laa tau kot kot pemilik lama no tu, subscribe ON HANTU ke, ON REMPIT ke, ON MUZIK ke, ON LAWAK ke, kalau dia ON itu ON ini dan masih active, aku ingat nak suruh laa Maxis stop. Tapi menurut maxis, tak ada pulak ON itu dan ON ini. Makin aku heran, kemana pulak peginya RM7 itu.

Maxis call lagi aku, dia cakap betul laa.. aku guna internet melalui Handphone. Sekali lagi aku terkejut. Sekali ni bukan terkejut biawak dah, ini dah terkejut beruk chimpazi dah.


Chimpazi terkejut

Sebab apa tau? Sbb handphone aku mana laa boleh nak access ke internet, aku guna Nokia 1200 dan LG KG288 aje. Handphone yang paling murah dipasaran sekarang. Menurut Dev (Pegawai Khidmat Pelanggan MAxis) aku telah menggunakan sebanyak 7MB mengunakan handphone. Haiya.. manyak heran laa..

Inilah handphone aku, tak logik boleh masuk internet. Spec dia pun tak support Internet, GPRS, 3G dan MMS. Adakah patut dia org cakap aku guna internet melalui HP?


Jadi sekarang, aku amat takut utk top up banyak2. Sbb takut hilang lagi kredit. Apa aku harus buat sekarang? Adakah kena report lagi kat dia org?? Adakah wajar aku report pulak kat SKMM? Wajarkah aku report kat SSM?? Jawapannya, tunggu dulu 4 5 6 hari lagi, sebab dia org kata nak emailkan kat aku ICR (entah apa tah, aku pun tak tahu. Dia kata macam details of statment).

Tungguuuu....


No comments: