Wednesday, 17 February 2010

Hotlink Broadband Prepaid


Akhirnya kredit RM7.00 yang hilang dulu telah pun dikredit kedalam akaun aku pada hari ini 17 Februari, 2010 jam 1.08 pm.


Apa yang aku masih lagi tidak berpuas hati ialah, kenapa kredit aku itu diambil sewenang-wenangnya?

Mereka masih belum lagi memberi penjelasan kepada aku, kenapa perkara ini berlaku. Email yang dijanjikan masih lagi belum ku terima.

Nasib baik benda ini berlaku pada aku, kalau berlaku pada orang lain yang tidak tahu cara-cara untuk track akaun prepaid secara online dan mereka yang tidak cakna pasal ini. Tentulah Maxis akan kaya raya.

1 pelanggan x RM7.00 = RM7.00
100 pelanggan x RM7.00 = RM700.00
100,000 pelanggan x RM7.00 = RM700,000.00



fuhhh.. kaya kaya kaya, tak terkira banyakknya duit yang dia orang dapat secara mudah. Itu adalah perkiraan aku sahaja. Harap-harap benda ini tidak terjadi seperti yang aku kira itu.

Sabar dulu, buat masa ini aku nak tunggu penjelasan dari meraka. Apakah sebab berlaku perkara ini, jika sistem mereka yang silap, kita sebagai pengguna kena buat aduan agar pengguna lain tidak terkena. Kalau aku yang silap, aku nak tahu laa apakah silap aku sehingga boleh berlaku perkara seperti ini. Agar boleh aku berkongsi dengan pelanggan yang lain agar tidak melakukan kesilapan seperti yang aku lakukan itu.

Ok... kita tungguuuuuu

No comments: